Showing posts with label Artikel Khas. Show all posts
Showing posts with label Artikel Khas. Show all posts

Tuesday, 17 March 2015

Penggunaan Sumber Pembelajaran

Mengajar merupakan tugas seseorang guru dan penggunaan sumber pembelajaran sangat penting untuk membantu pemahaman dan pencapaian pelajar. Ia melihatkan segala aktiviti yang disampaikan melalui bahasa. Oleh itu, pelajar akan mendengar dan melihat apa yang disampaikan, dan mentafsir apa yang dipelajari dalam bentuk akan terlibat ketika proses pembelajaran berlaku.

Penggunaan sumber pembelajaran semestinya dapat membantu pelajar dan bukan untuk keperluan guru mengajar sahaja. Dalam erti kata lain, penggunaan sumber pembelajaran adalah difokuskan ke­pada pelajar yang bertujuan memudahkan aktiviti pembelajaran dan mencapai tahap kefahaman yang tinggi dalam sesi pembelajaran.

Penggunaan sumber pembelajaran memudahkan pelajar membentuk konsep yang betul dan menerima pelajaran dengan cepat. Matlamat penting dalam penggunaan sumber pembelajaran ialah untuk membantu pelajar menajamkan deria mereka yang me­bolehkan pencapaian pembelajaran secara berkesan. Dalam setiap pengajaran, pelbagai penggunaan sumber pengajaran boleh diguna­kan dan ia dijangka dapat mempertingkatkan daya penghayatan dan ingatan secara berkesan. Pelajar dapat mendalami bahan-bahan yang tersurat dan tersirat, dan dapat menanamkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.

Klasifikasi Sumber Pembelajaran

Setelah melihat definisi dan kepentingannya, sumber pembelajaran itu dapat dikelaskan kepada empat jenis iaitu:

  1. Sumber asas seperti papan tulis, buku teks, buku kerja dan guru sendiri sebagai model.
  2. Sumber bukan elektronik seperti objek, buku, papan flanel model, patung, gambar, lukisan, carta gambar rajah, graf, poster, glob, kartun.
  3. Sumber elektronik seperti filem jalur dan slaid, radio, televisyen, perakam pita, vedio, projector overhead makmal bahasa, gramator, alat pemain piring hitam dan pembesar suara.
  4. Sumber yang bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan bahan dari alam sekitar.

Prinsip Umum yang menentukan Penggunaan Sumber Visual yang berkesan

Berikut adalah prinsip yang membolehkan guru menggunakan sumber visual dengan seimbang dan berkesan.

  1. Penggunaan sebarang jenis sumber visual seharusnya dapat menjelaskan maksud yang hendak disampaikan.
  2. Alat visual seharusnya digunakan untuk mempamerkan imej, objek tempat manusia dan apa sahaja yang berkaitan dengan tajuk atau masalah yang dipelajari. Ini bertujuan supaya segala yang dapat dilihat boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar.
  3. Sumber visual seharusnya tidak digunakan apabila pelajar mempunyai latar belakang pengalaman yang cukup untuk meng­interpretasi dan mengimaginasi sesuatu yang berkaitan dengan pembelajaran.
  4. Sumber visual seharusnya digunakan apabila memerlukan rangsangan untuk menarik minat dan tumpuan pelajar. Dalam sesetengah kes, terdapat sedikit sahaja sumber yang baik daripada sumber yang banyak itu. Ini bermakna penggunaan sumber ini adalah untuk menarik perhatian yang spontan dan minat di samping pelajar dapat memberi tumpuan terhadap pembelajaran.
  5. Sumber visual bertujuan untuk rnengisahkan dan mendapatkan pandangan tentang perkara yang berkaitan yang telah dipelajari. Jenis sumber sepatutnya bersesuaian dan diubahsuai untuk sesuatu jenis aktiviti yang dilakukan.
  6. Ia sangat sesuai untuk mengajar pelajar cara menggunakan sesuatu jenis alat ilustrasi. Mereka sepatutnya tahu untuk melihat apa dan bagaimana untuk menginterpretasikan benda tersebut. Lazimnya bahan seperti carta, peta gambar rajah, graf yang terdapat dalam buk teks memerlukan pelajar mentafsir apa yang telah dilihat dan difahami.
  7. Sesetengah jenis perlalatan visual patut disediakan terlebih dahulu untuk mengelakkan pembaziran masa dalam kelas.
  8. Penggunaan sesetengah jenis peralatan visual seharusnya disemak untuk memastikan sama ada sesuai digunakan untuk pembelajaran. Bagi seseorang guru, sepatutnya mereka tidak megambil sikap ambil mudah bahawa pelajarnya akan memahami apa yang ditayangkan pada kali pertama. Maklum balas mesti diperolehi untuk memastikan pelajar memahami maksud yang dilihatnya.
  9. Pelajar sepatutnya digalakkan menggunakan alat visual dalam proses pembelajaran dan juga aktiviti dalam kelas, termasuk apa yang telah dibincangkan di atas. Semua sumber pembelajaran yang telah dikumpulkan itu akan dapat memberi kefahaman dan daya fikir seseorangt pelajar.
Kreteria Memilih Sumber

Tujuan
Seseorang guru seharusnya mempunyai objektif yang jelas dan memikirkan bila penggunaan sumber itu sesuai digunakan . Sumber pembelajaran mestilah yang menarik dan jelas untuk menimbulkan minat pelajar.

Kesesuaian

a. Masa

Sumber seharusnya diperkenalkan pada masa yang difikirkakn akan memberi kesan ke atas pembelajaran pelajar.

b. Tempat

Sumber yang akan digunakan itu seharusnya bersesuaian dengan tempat dan aktiviti pembelajaran dijalankan.

c. Kesukaran Pengendalian

Ini merujuk kepada guru dan pelajar. Pelajar mempunyai berbagai-bagai peringkat Kemahiran. Oleh itu, penggunaan sumber yang komplikated dan kecil tidak sesuai digunakan. Manakala seseorang guru yang kurang mahir dalam penggunaan bahan sumber ini akan membazirkan masa dan pengajaran akan menjadi tidak berkesan. Misalnya Projektor Overhead.

d. Jumlah

Ini bermakna jumlah bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan jumlah pelajar, dan bilangannya juga sesuai dengan masa aktiviti yang digunakan dalam aktiviti.

e. Tahap dan Fungsi Pengetahuan Lepas

Ini merujuk kepada pengetahuan lepas pelajar yang boleh dipindahkan dalam penggunaan sepenuhnya sumber yang digunakan itu. Ini boleh digunakan pada semua peringkat umur dan tahap pendidikan, contohnya buku sangat bermanafaat jika pelajar boleh membacanya.

f. Saiz

Saiz sumber itu mestilah sesuai dengan saiz kelas

g. Penjagaan

Bahan/sumber mestilah dijaga dengan sempurna supaya dapat digunakan secara berterusan. Bilik khas perlulah diadakan dengan dikelolakan oleh guru yang bertanggungjawab.

Kemudahan Memperoleh

Sumber yang digunakan di sekolah mestilah bahan yang senang diperoleh. Setengah-setengah sekolah tidak mempunyai kemudahan seperti televisyen, projector overhead, atau radio. Oleh itu, sumber yang bersesuaian dan senang diperoleh boleh digunakan, umpamanya keratan akhbar, bahan maujud dan lain-lain.

Kepentingan Sumber Pembelajaran

Penggunaan alat Bantu mengajar dapat mengawal serta mengatasi masalah seperti berikut:
  1. Masalah kekurangan tenaga pelajar
  2. Masalah kekurangan masa
  3. Masalah mengadakan pengajaran untuk kumpulan yang sangat besar.
Edgar Dale, dalam bukunya Audio-Visual Methods in Teaching, 1963 telah menyenaraikan nilai penting tentang penggunaan alan batu mengajar :

  1. Ia merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat ini adalah satu factor yang penting dalam pembelajarana mereka.
  2. Ia menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemkiran. Oleh itu, mengurangkan pelbagai gerak balas lisan daripada pelajar.
  3. Ia membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar, dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
  4. Ia menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain. Oleh yang demikian ia menolong menjadikan pembelajaran pelajar lebih mendalam dan.
  5. Ia menolong dalam kefahaman dan oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
  6. Ia menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan yang demikian merangsangkan kegiatan.
  7. Ia mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan yang demikian menambahkan minat membaca.
Daripada keterangan di atas, jelaslah bahawa alat Bantu mengajar mempunyai dua tujuan utama :
  1. Memberi rangsangan
  2. Menjelaskan penerangan
Selain itu, ada tiga lagi tujuan menggunakan alat Bantu mengajar yang perlu dibincangkan dengan jelas :
  1. Menjimatkan masa
  2. Memepelbagaikan kegiatan
  3. Menyeronokan pelajar
Menjimatkan Masa

Guru boleh menjimatkan masa dengan menggunakan alatan mengajar dengan dua cara. Cara yang pertama ialah berhubung dengan tujuan menjadikan penerangan lebih jelas. Dalam pengajaran, jika pelajar cepat memahami bahan yang diajarkan, sudah tentu ini akan menjimatkan masa dan penagajaran seterusnya boleh dijalankan. Cara yang kedua pula ialah masa dapat diselamatkan jika guru dapat menyediakan bahan pengajarannya terlebih dahulu. Guru tidaka perlu membuang masa menuliskan bahan pengajarannya di papan hitam. Bahan yang telah sedia tertulis di papan gulung, di kad manila, di kert as siklostil misalnya dapat menjimatkan masa guru.

Mempelbagaiakan Kegiatan

Pelajar-pelajar daripada pelbagai rangsangan ( daripada pelbagai pengalaman ). Semakin banyak kegiatan yang kita pelbagaikan untuk mereka, semakin mudahlah mereka mengikuti pelajaran. Dalam mengajarkan ceramah misalnya, guru boleh menggunakan pita rakaman untuk memperdengarkan kepada mereka. Pelajar pula diminta meneliti sebuatan, gaya, intonasi, atau suara dari ceramah tersebut. Kemudian mereka diberikan kertas edaran atau papan gulung yang mengandungi ceramah tersebut. Pelajar Kemudiannya diminta mengkaji pemilihan perkataan yang sesuai yang digunakan penggunaan ayat dan sebagainya. Alat Bantu mengajar dapat menolong guru mempelbagaikan kegiatan dalam pengajaran mereka. Ini menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Menyeronokan Pelajar.

Manusia umumnya memerlukan keragaman dalan kehidupan untuk memecahkan kebosanan. Alat Bantu mengajar yang digunkan adalah untuk menyokong kegiatan dalam kelas yang kita cuba pelbagaikan itu. Secara tidak lanagsung peranan sampingan alat Bantu mengajar berubah meojadi peranan utama dalam menyingkirkan kebosanan dan seterusnya memberikan keseronokan kepada pelajar dalam pembelajaran mereka.

Cara Menggunakan Sumber Pembelajaran

Penggunaan sumber pembelajaran mestilah bertepatan dengan situasi pembelajaran. Ini bertujuan untuk mengelakkan penggunaan sumber yang tidak bermakna dan berkesan. Semua sumber pembelajaran mestilah dirancang oleh seorang guru supaya objektif pengajaran mencapai matlamat yang diharapkan. Guru mesti membuat penyelesaian dengan setiap sumber yang hendak digunakan dengan kelas yang diajar. Untuk memenuhi keperluan pelajar, guru perlu mengkaji teknik dan cara yang sesuai menggunakan sumber tersebut. Ini dpat dilihat satu persatu yang boleh digunkan iaitu :

Sumber Papan Tulis

Penggunaan papan tulis yang baik akan menarik perhatian pelajar kerana teknik ini adalah satu kemudahan yang telah disediakan di dalam setiap kelas. Guru harus merancang dan bijak inenggunakan papan tulis agar kemas dan teratur supaya pelajar dapat melihat dan membaca apa yang tertera pada papan tulis

Penggunaan Papan Flanel

Sumber yang dipamerkan pada papan mestilah sesuatu yang ringan. Bahan yang boleh diperlihatkan itu seperti perkataan, simbol huruf atau gambarajah. Daripada sumber ini pelajar diminta membuat interpretasi dan huraian tentang apa yang dihhat. Biasanya papan flanel ini digunakan untuk mendapat maklum balas.

Penggunaan Objek, Spesimen, Dan Model

Semua bahan ini sangat berkesan dalam pengajaran kerana pelajar cuba mendapatkan kefahaman tentang bahan sebenar daripada sampel.

Penggunaan Gambar, Poster Dan Kartun

Sumber ini juga telah digunakan dalam pengajaran. Melalui bahan ini, pelajar boleh diminta uniuk menghasilkan kreativiti.

Penggunaan Sumber Melalui Lawatan Dan Kerja Lapangan

Kaedah ini membolehkan pelajar menghayati dunia luar atau persekitaran yang berkaitan dengan pembelajarannya di sekolah. Sekali-sekala pelajar perlu didedahkan dengan kegiatan seperti ini untuk membuka dan meluaskan pandangan mereka. Aktiviti ini biasanya mendapat respon pelajar tetapi terhad pada musim tertentu dan tidak semua pelajar boleh terlibat kerana keadaan tempat adalah terhad. Kaedah ini boleh digunakan sebagai sumber pembelajaran dengan meminta pelajar mencatatkan peristiwa yang berlaku, masa dan tempat yang dikunjungi.

Kesimpulan

Setelah dilihat secara mendalam setiap aspek yang berkaitan dengan pengurusan bahan pengajaran, dapatlah disimpulkan bahawa bahan-bahan pengajaran adalah sesuatu yang harus, berkaitan dengan kehidupan manusia. Kita akan dapat menikmati bahan-bahan tersebut melalui bahasa yang digunakan dan melalui pancaindera yang ada. Kita akan dapat menggarapkan segala isi dan cita rasa melaluinya dan menikmati, menghayati apa yang tersurat adan tersirat. Walaupun peralatan dianggap tidak penting bagi sesetengah pihak, tetapi sebagai seorang guru, ia harus dapat mempelbagaikan teknik dan kaedah penyampaiannya supaya mengajar menjadi sesuatu yang menarik dan seronok untuk diikuti.

Disediakan Oleh:
Jabatan Seni Visual dan Muzik
IPG Kampus Keningau
Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan

Psikologi Dalam Pendidikan Seni Visual

Pendahuluan

“ Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar ”

Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut para pendidik membuat perubahan terutama dari aspek psikologi, pedagogi mahupun metadologi. Para pendidik seharusnya melihat perkembangan pendidikan sejajar dengan pendidikan kanak-kanak terutama dari aspek psikologi perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Keyakinan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya individu yang imaginatif, kreatif, berdaya peka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik.

Ini bermakna bahawa peranan Pendidikan Seni Visual amat penting dalam pembentukan individu yang seimbang dan bersepadu secara menyeluruh dengan mengamalkan demokrasi dalam pendidikan.

Dalam usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, maka aspek psikologi perlu diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini adalah kerana pembelajaran merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia, dan ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja samada secara formal atau tidak formal. Pembelajaran itu sebenarnya merupakan satu proses yang dinamik di mana pelajar samada perlu merangsang atau dirangsang dan dibimbing ke arah mencapai matlamat. Pembelajaran boleh dirujuk kepada proses perolehan tabiat, sikap dan pengetahuan, yang juga merupakan sebahagian daripada proses penyesuaian diri dalam keadaan atau situasi yang berbeza daripada sebelumnya.

Definisi Psikologi
Perkataan psikologi berasal dari dua perkataan iaitu psyce yang bererti jiwa dan perkataan logos membawa maksud kajian tentang sesuatu. Psikologi adalah ilmu yang mengkaji tingkahlaku dan proses berfikir manusia secara saintifik atau imperikal.

Psikologi pada hari ini wujud dalam tiga bentuk iaitu:
  1. Psikologi adalah satu disiplin ilmu
  2. Psikologi adalah satu sains – iaitu menggunakan kajian saintifik untuk mengkaji dan memahami    perlakuan
  3. Psikologi merupakan satu profesion atau kerjaya
Charles, C.B, (1976) mengatakan bahawa psikologi boleh didefinisikan sebagai satu kajian tentang tingkahlaku. Dapatan-dapatan daripada kajian tersebut dapat digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Menurut Gagne, R.M (1977) proses pembelajaran terdiri daripada beberapa fasa iaitu motivasi, perhatian, jangkaan, perolehan ingatan kembali, pemilihan persepsi, mengkod dan menyimpan jangka panjang, gerakbalas atau prestasi, maklumbalas dan peneguhan dan generalisasi atau pemindahan pembelajaran.

Menutur Fantino (1974), psikologi ialah kajian saintifik tentang aktiviti mental seperti ingatan, mimpi, pemikiran dan tekanan.

Piaget (1980) … tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu; melalui interaksi sosial-belajar sesuatu perkara daripada orang lain, pengetahuan fizikal tentang sesuatu dan penerokaan, dan logikal matematik, konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.

Kepentingan Psikologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Seni Visual adalah satu mata pelajaran yang dapat mencungkil dan menanam minat serta memupuk dan kebolehan pelajar dalam menghasilkan atau semasa berinterkasi dengan sesuatu produk seni.

Para pendidik telah mengetahui bahawa setiap individu mempunyai cara dan keupayaan tersendiri dalam pernyataan dirinya menerusi kerja-kerja seni (art work) Laura Chapman (1978) menyatakan bahawa karya seni bukan satu mod tingkahlaku semulajadi semata-mata tetapi adalah asas kepada matlamat kematangan individu.

Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang amat mementingkan kaedah. Sebelum seseorang guru itu memilih sesuatu kaedah, mereka harus mempunyai pertimbangan-pertimbangan tertentu terhadap pelajar, kandungan pelajaran, objektif pelajaran dan persekitaran

Untuk meningkatkan perkembangan psikologi kanak-kanak semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual guru seharusnya perlu menguasai teori Pelbagai Kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Gardner iaitu:

  1. Kecerdasan Berbahasa (verba/linguistic intelligence)
  2. Kecerdasan Logikal/Matematik (logical/matematical intelligence), seringkali digelar pemikiran saintifik (scientific thinking), melibatkan pemikiran induktif dan deduktif, penaakulan, proses pengiraan dan struktur logik
  3. Kecerdasan Tampak/Ruang (visual/spatial intelligence). Kecerdasan ini berkaitan dengan pengamatan tampak, menghasilkan imej mental, peka dalam gambaran pola atau corak
  4. Kecerdasan Kinestetik (body/kinesthetic intelligence) Kecerdasan ini berkait rapat dengan pergerakan fizikal atau psikomotor, kebebasan tubuh badan dengan melibatkan tindakbalas otak
  5. Kecerdasan ritma/muzik (musical/rhythmic intelligence) Kecerdasan ini memberi ruang kepada penguasaan corak ton muzik dan bunyi. Mereka amat sensitif pada bunyi dan irama atau alunan muzik.
  6. Kecerdasan interpersonal (interpersonal intelligence) Peranan perhubungan antara individu dari segi komunikasi. Keupayaan mempengaruhi orang lain.
  7. Kecerdasan intrapersonal (intrapersonal intelligence). Pemahaman pada terhadap diri sendiri, kehendak, perasaan dan kesedaran yang dimiliki.
  8. Kecerdasan Spiritual (Spiritual Intelligence) Suatu keupayaan diluar jangkaan manusia biasa, yang berkeupayaan bertindak atau berkomunikasi secara yang tidak lazim, mencakupi dimensi roh (ghaib) yang di luar keupayaan manusia biasa
  9. Kecerdasan Ekologi (Ecology Intelligence) Suatu keupayaan manusia menyesuaikan dirinya dan mengadaptasi dengan suasana dan keadaan alam persekitarannya
Setiap individu yang normal seharusnya memiliki kesembilan-sembilan kecerdasan yang dinyatakan tetapi mengikut aras kekuatan atau kelebihan yang berbeza-beza. Kecerdasan tersebut boleh dipelajari dan dikuasai. Setiap kecerdasan itu boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah individu dan untuk mencapai tujuan, dengan menilai membuat refleksi dan menyelesaikan masalah dengan pelbagai cara dengan cara yang berbeza-beza.

Kecerdasan-kecerdasan ini biasanya tidak dapat berfungsi secara bersendirian atau terasing, namun ianya akan terbukti keberkesanannya apabila berlaku gabungan dan amalan bersepadu.

“Pendidikan tidak terhad hanya pada seni mempertahankan diri, tetapi mencakupi keseluruhan cabang kehidupan: jasmaniah, akliah, akhlak, semangat, sosial dan perkembangan pentadbiran”
Clawson (1980):144

Schopenhaur (1936) seorang ahli falsafah menyatakan, hubungan seni dengan kehidupan adalah hubungan yang halus dan tepat. Seni dari segi kreativiti tampaknya adalah pengucapan langsung terhadap kemahuan yang merupakan inti kehidupan, sebab kehidupan apa yang mengalir antara keinginan dan pencapaian.

William G. Perry (1970) guru perlu mengambil kira tentang perkembangan individu seperti kreativiti, idea, persepsi dan perasaan seseorang pelajar. Sikap guru itu sendiri akan menentukan samada berjaya atau gagalnya proses pengajaran dan pembelajaran ini, dan bertindak sebagai agen utama dalam merangsang dan menggalakkan pelajar meneroka dan menimba seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni.

Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan, memiliki konsepsi diri

Kita perlu memahami bahawa pelajar mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri, seharusnya kita mengeksploitasi kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan konsep pembelajaran secara konstruktivis iaitu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan cara pelajar itu belajar.

Pembelajaran merupakan aktiviti mental, fizikal, atau rohani pada diri pelajar itu sendiri. Ianya merupakan satu proses yang dinamik yang mana pelajar perlu merangsang diri sendiri atau dirangsang dan dibimbing kearah mencapai matlamat. Pembelajaran memberi peluang kepada individu mengubah sikap dan tingkahlaku mereka untuk berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk kemajuan diri sendiri khasnya dan masyarakat atau negara amnya. Faktor penting yang menentukan proses pengajaran terus berlaku ialah keinginan individu untuk terus berkembang di samping berminat untuk menerap dan mempraktikkannya di dalam situasi yang sesuai.

Oleh itu pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan di dalam perlakuan, pemikiran (termasuklah proses dan hasil berfikir, persepsi, dan efektif (termasuk perasaan, sikap dan nilai). Perubahan tersebut pula adalah kekal dan dipengaruhi oleh perubahan di dalam saraf pusat manusia itu sendiri.

Penggunaan pendekatan Konstruktivis dalam Pendidikan Seni Visual
Pembelajaran secara konstruktivis ini memberi peluang kepada pelajar menyampaikan pendapat yang dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pembelajaran akan berlaku secara dua hala iaitu guru-pelajar dan tentunya ini lebih menyeronokkan di samping memberi lebih banyak peluang dan manfaat kepada kedua pihak.

KESAN PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Seni telah berkembang sejak awal ketamadunan manusia mulai zaman purba (Zaman Batu, 25,000 SM) sehingga zaman Renaissance dan Baroque-Rokoko (Abad ke 16-17) kemudiannya di abad 18-19 seni telah diklasifikasi dengan istilah `isme` seperti Kubisme, Realisme, Romantisme, Ekspresionisme dan sebagainya. Seni terawal (25,000 SM), dihasilkan atas dasar sebagai kuasa magis dan pertahanan diri, keagamaan, politik, refleksi kehidupan seharian, seni dan hubungannya dengan alam, luahan imaginasi dan fantasi serta lambang kelahiran, perkahwinan dan kematian. Kesemua faktor tersebut akan mewujudkan tiga kelompok besar penyumbang seni iaitu peranan pencipta (seniman), peranan pengguna (pengumpul seni) dan peranan pemerhati (penonton, galeri, muzium).

“Seni ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu, termasuk tujuan dan sebab…”
-Aristotle

Ini secara keseluruhannya menggambarkan bahawa seni itu sangat mempengaruhi tingkah laku dan peradaban manusia sejak dari awal hingga zaman kini. Seni melalui penggunaan simbol-simbol atau menggambarkan sesuatu pernyataan adalah merupakan suatu kaedah berinteraksi secara langsung dan tidak langsung. Unsur-unsur dan prinsip seni boleh membawa makna dan perlambangan yang bersifat universal atau bersifat setempat. Sejak Zaman Batu hingga kini, perlambangan dan simbol dapat menjelaskan maksud dan makna bersesuaian dengan masa dan keadaan. Melalui pengetahuan seni, kefahaman terhadap nilai dan makna dapat dipertingkatkan.

Untuk melihat kesan psikologi pelajar menjurus kepada Pendidikan Seni Visual, kita perlu melihat perkembangan minda kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti mereka seharian yang berkaitan perkembangan tahap kreativiti mereka. Kanak-kanak biasanya sangat suka meconteng dinding, lantai atau di mana-mana sahaja. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah proses kreativiti dan penyuburan diri serta emosi kanak-kanak. Kecenderungan melakukan perbuatan tersebut samalah seperti kecenderungan untuk menangis atau ketawa bagi menggambarkan perasaan hati mereka. Perbuatan itu dilakukan sebagai suatu pernyataaan tentang apa yang dilihat dan dirasa mengikut persepsi mereka di samping rangsangaan tindakan biologi pembesaran dan kematangan psikomotor mereka. Ini menurut pakar psikologi kanak-kanak, Viktor Lowenfeld.

Berdasarkan aspek psikologi pelajar untuk menarik minat dalam Pendidikan Seni Visual, suatu kurikulum dan perancangan berobjektif sangat diperlukan untuk membimbing pelajar mengenali potensi diri dan mengekspresi seni yang telah sedia wujud dalam diri mereka. Selain dari perkembangan minat dan bakat, seni juga dapat mendorong dan mendidik pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga berpeluang melihat dan belajar daripada sejarah dan peradaban bangsa tentang hasilan seni kreatif tinggalan nenek moyang mereka seperti barangan kraf di samping belajar daripada sikap dan pemikiran serta persepsi mereka tentang makna kehidupan.

Peranan seni dengan jelas dapat dilihat melalui model-model kurikulum. Antaranya ialah “Discipline-Based Art Education (DBAE)”, iaitu satu model disiplin Pendidikan Seni Visual di Amerika Syarikat yang telah berjaya diketengahkan di institusi persekolahan (Greer, 1984). DBAE menggunakan empat disiplin utama seni iaitu penghasilan seni, estetik, sejarah seni dan kritikan seni di dalam struktur kurikulum dan pengajarannya. Begitu juga model kurikulum Pendidikan Seni Visual yang berteraskan objektif pencapaian dan model yang berteraskan konsep pengajaran bersepadu. Berdasarkan kepada perbandingan bagi melihat persamaan dan kelainan struktur kandungan dan oreintasi pengajaran Pendidikan Seni Visual yang di atas, terdapat beberapa persamaan yang paling signifikan bagi setiap kandungan Pendidikan Seni Visual. Antaranya seperti berikut:

  1. Membuat dan menghasilkan karya. 
  2. Membuat pertimbangan estetik dan kritikan.
  3. Belajar melalui pengalaman sejarah seni,
  4. Belajar memahami tindakbalas masyarakat terhadap seni.
Melalui proses mempelajari seni, pelajar-pelajar dapat dididik ke arah pembinaan pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif serta belajar menghargai sumbangan masyarakat dalam tamadun manusia. Melalui aktiviti-aktiviti seni yang kreatif, pelajar-pelajar berpeluang belajar mempertajamkan daya persepsi, membuat penilaian estetik dan membuat penakulan terhadap alam sekitar dan sosial. Prosedur aktiviti seni secara berproses melalui proses rekaan dan proses kreativiti menggalakkan penampilan sahsiah yang seimbang dan bersistematik serta penuh dengan penerapan nilai-nilai yang positif.

Selain daripada keperluan asasi seperti makan dan minum atau keperluan perlindungan dan keselamatan di peringkat sekunder, sahsiah yang sempurna, mencari sesuatu yang indah, sempurna, harmoni dan sejahtera juga telah diberi perhatian yang tinggi oleh masyarakat. Disinilah nilai-nilai estetik yang wujud dalam Pendidikan Seni Visual dapat diterapkan dan akhirnya nilai-nilai seni dapat dipertingkatkan ke tahap yang sepatutnya. Bermula dari dalam diri dan persekitaran, manusia akan menggunakan pengetahuan seni sebagai formula atau ilmu bagi menyelesaikan permasalahan nilai estetik dalam kehidupan. Sebagai contoh, kita mengadun warna baju, tali leher dan warna seluar, menyusun perabot agar kelihatan rapi dan harmoni, menyesuaikan fesyen pakaian berbanding ukuran badan, mereka bentuk kenderaan, membina bangunan luar dan dalaman dengan pelbagai bentuk dan hiasan yang menarik dan sebagainya. Secara keseluruhan, ini menggambarkan bahawa Seni adalah asas ilmu-ilmunya.

Seni adalah suatu bentuk komunikasi sejagat dengan pelbagai budaya dan peradapan sama seperti pernyataan sejarah. Seni merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap sosial. Setiap budaya mempengaruhi pemikiran, nilai dan sikap seniman melalui kajian catan, arca, seni bina, kraf dan berbagai artifek sejarah yang berkaitan dengan Seni. Seni juga membolehkan kita memahami dan mengetahui peradaban dan perkembangannya serta pengaruh antara sesuatu budaya dengan budaya yang lain. Karya seni adalah merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak.

Dengan ini jelas bahawa Pendidikan Seni Visual telah memberi impak yang positif kepada proses perkembangan pelajar dari aspek fizikal mahupun emosi. Antaranya seperti:

  1. Pembangunan kendiri. (personal development)
  2. Mengenal, memperakui dan menyalurkan budaya warisan dari generasi ke generasi. (cultural heritage)
  3. Menyedari, memahami dan menghargai peranan dan sumbangan setiap warganegara. (roles as citizen)
Walaupun kesan psikologi dalam Pendidikan Seni Visual menjurus kepada kebaikan atau positif tetapi masih wujud kesan negatif yang perlu diatasi. Antaranya adalah faktor guru itu sendiri yang mana cara dan teknik pengajaran guru yang kurang berkesan (aspek pedagogi). Emosi pelajar juga dilihat sebagai faktor negatifnya seperti rasa rendah diri bila gagal menghasilkan karya seni yang baik, sifat malu apabila dikritik juga timbul perasaan bosan untuk menghasilkan tugasan yang diberi atas sebab tekanan dari rakan dan guru.

APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Gage dan Berliner (1989) menyatakan Psikologi ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku individu dan kumpulan individu. Manakala Psikologi Pendidikan pula ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku yang berkaitan dengan bagaimana kita mengajar dan belajar di sekolah. Oleh itu kepentingan psikologi pendidikan merupakan satu pendekatan yang membolehkan keberkesanan pengajaran dilaksanakan dengan mengambil kira peranan individu dan kumpulan itu sendiri.

Menurut Banks dan Thompson pula (1995) telah membahagikan definisi kepada dua bahagian iaitu definisi psikologi dan pendidikan. Pendidikan ialah satu kerjaya yang lebih membuat penelitian dan kajian metadologi ke arah pembelajaran dan pengajaran yang digunakan di sekolah. Sementara psikologi pula ialah bagaimana pendekatan pembelajaran yang harus disempurnakan di sekolah agar dapat membantu perkembangan tingkah laku manusia.

Psikologi Pendidikan mempunyai matlamat untuk memahami ( memerhati dan menerangkan tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah amat penting di dalam pendidikan sejajar dengan perkembangan mental dan kebolehan individu.

Selain daripada itu, psikologi pendidikan ialah membolehkan guru untuk memahami tingkah laku pelajar, membantu guru untuk merancang objektif dan matlamat pembelajaran. di samping memahami tahap-tahap keupayaan murid berdasarkan perkembangan semasa.

Pendidikan Seni Visual pula bermaksud “education through art” iaitu pendidikan melalui seni, khususnya Seni Visual dan “ education in art” iaitu pendidikan di dalam bidang Seni Visual. Kedua-dua elemen ini memerlukan pendekatan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih mantap seiring dengan keperluan psikologi manusia.

Oleh kerana Pendidikan Seni Visual adalah penghubung satu generasi ke satu generasi maka ia memerlukan satu cara menginterpretasi sesuatu idea mengikut disiplin seni tertentu yang membolehkan pelajar atau individu mengalami satu sumber kegembiraan dan keceriaan yang istimewa. Pengalaman yang menakjubkan ini lantas dapat meningkatkan lagi rasa keinsafan dan keceriaan pemikiran baru.

Kita maklumi bahawa Pendidikan Seni Visual seringkali mempunyai pendekatan yang berbeza dan melibatkan pelbagai aspek di antaranya ialah mengaitkan pengalaman manusia yang dihubungkaitkan dengan logik dan emosi bagi memperolehi kefahaman yang lengkap dengan penggunaan deria secara langsung. Umpamanya nilai estetika adalah satu disiplin yang menjadi komponen utama mengenai konsep nilai dan keindahan.

Parsons dan Blocker (1993) menyentuh beberapa nilai estetik di dalam bilik darjah yang boleh membantu peningkatan psikologi pembelajaran. Di antaranya estetik adalah satu dapatan yang dapat membantu pelajar memahami seni dengan lebih baik kerana adanya perkaitan dengan budaya lain, diintergrasikan dengan subjek lain dan adanya perbincangan pengalaman pelajar itu sendiri.

Pendekatan Pengajaran Psikologi dalam Pendidikan Seni Visual.

Pendekatan Behaviourisme

Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, pendekatan Behaviorisme dapat dilaksanakan terhadap pelajar bagi membolehkan ia meresapi nilai intelektual mereka. Menurut pendekatan ini, semua gerak balas yang berlaku adalah disebabkan oleh rangsangan dan ianya boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pendekatan R-G (ransangan gerakbalas) ini telah dipelopori oleh Ivan Pavlov, Thorndike, Skinner dan John B. Watson.

Jika dilihat contoh teori oleh Edward L. Thorndike, beliau memperkenalkan bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan S-R iaitu Stimulation (rangsangan) dan Responses ( tindakbalas) dan ada perkaitannya dengan hukum pembelajaran kesediaan, latihan dan kesan. Hukum kesediaan ialah apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu maka tindakannya itu akan memberi kepuasan kepada dirinya sama ada dalam kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif. Beliau memberi pandangan lagi dalam hukum latihan pula rangsangan dan tindakbalas akan bertambah kukuh sekirannya ada perulangan latihan. Manakala hukum kesan pula ia menjelaskan jika ada perubahan dari persekitaran dan menyeronokkan pula maka ia akan meningkatkan kesan pembelajaran itu sendiri dan begitulah juga sebaliknya.

Pendekatan yang dicadangkan tadi dapat membentuk rangsangan yang kekal bagi seseorang pelajar kerana adanya pembentukan fenomena yang menyeronokkan. Guru perlu kreatif dalam menyediakan perlaksanaan fenomena yang menyeronokkan. Penglibatan pengajaran yang menyentuh perasaan, kemahiran fizikal dan juga pemikiran perlu dipertimbangkan.

Pendekatan pembelajaran secara pemikiran yang diketengahkan oleh Graham Wallas (1926) sebenarnya adalah di antara pendekatan yang baik bagi menimbulkan nilai kreativiti di kalangan pelajar yang berhubung kait dengan pemikiran mereka. Beliau telah mengelaskan kepada empat tahap yang perlu dilalui di antaranya ialah proses persediaan pelajar untuk mengenal pasti fakta dan maklumat. Pelajar lebih dimahirkan untuk mencari idea dan juga inti pati yang bakal diserapkan di dalam pengkaryaan mereka. Kemudian ialah proses Inkubasi (pengeraman) yang membolehkan pelajar untuk cuba mendapatkan ilham dalam beberapa waktu sebelum dicetuskan dalam proses iluminasi yakni terbentuknya idea-idea asli dan baru yang dapat menyelesaikan di dalam minda dan akhirnya kebolehan untuk proses verifikasi yang mana hasil pemikiran diserlahkan ke dalam bentuk karya dan penulisan.

Menurut B.F. Skinner (1953) pula peneguhan kepada manusia akan menggalakkan satu ulangan perlakuan atau diperkuatkan. Dalam hal ini di dalam bilik darjah peneguhan yang positif akan meningkatkan tahap motivasi pelajar. Pelajar akan memperolehi satu bentuk secara berterusan seperti kata-kata pujian, menepuk bahu, memberi senyuman dan sebagainya yang membolehkan proses berkreativiti dalam diri pelajar berlaku secara positif.

Kita tahu peneguhan yang positiflah satu cara pendekatan yang menentukan mutu kerja pelajar berkualiti tinggi jika sekiranya disampaikan secara jelas dan bersistematik. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian yang memberi kesan di antaranya ialah memuji secara ikhlas, cepat, spesifik, usaha, tanpa pilih kasih dan respon yang spontan. Jelasnya kesungguhan guru untuk mengaplikasikan elemen seperti di atas merupakan satu titik tolak yang dapat memberi peneguhan yang positif kepada pencapaian pelajar.

Justeru itu, bentuk persekitaran yang berlaku akan memberikan satu pengalaman baru untuk memajukan diri mereka bagi menghasilkan sebuah karya atau ciptaan dengan baik. Bentuk galakkan ini termasuklah dengan memberi ganjaran dan juga pujian sekiranya mereka berjaya menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan unik dari yang lain.

Pendekatan Humanistik

Pengajaran Pendidikan Seni Visual visual amat sesuai juga untuk diterapkan dengan pendekatan humanistik. Pelopor yang terkenal seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa seseorang itu berfikir melalui interpretasi individu dengan pengalaman atau kejadian luar. Dengan kata lain ia adalah hasil kesedaran penyempurnaan kendiri dan tidak terkongkong oleh persekitaran luar dan bebas. Oleh itu, pelajar adalah berhak untuk mengeluarkan idea dan kreativitinya berlandaskan kepada konsep dan pengalaman yang diterima dan dilalui dalam hidupnya.

Ini tentunya memberi cabaran yang hebat kepada pelajar kerana mengadaptasikan proses pengalamannya ke bentuk visual dan juga pernyataan karya. Melalui proses tertentu , mereka harus boleh memberi keyakinan kepada penganalisis dan pengkritik akan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan.

Apa yang dilihat dalam pendekatan humanistik ini setiap individu pelajar mempunyai pengalaman tersendiri yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Oleh itu, pembelajaran ini adalah melalui proses kebebasan kepada pelajar untuk membuat penilaian kendiri di mana mereka mesti berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang semasa belajar. Justeru itu Maslow ada mengatakan bahawa keperluan psikologi perlu dalam hidup manusia sebagai keperluan asas sebelum dia mencapai peringkat akhir yang akan mencapai kecemerlangan diri.

Sehubungan dengan itu jugalah pelajar mesti bersifat bertanggung jawab dengan tindakannya sendiri bagi meningkatkan potensi mereka. Apa yang perlu ialah adanya penekanan tingkatan harga kendiri yang positif terhadap diri pelajar supaya ada rasa bertimbang rasa dan penuh kasih sayang, berlakunya penekanan aspek komunikasi dan kesannya ke atas motivasi intrinsik.

Pendekatan seterusnya berhubung kait dengan psikologi penyerapan nilai motivasi. Motivasi berlaku akibat ketegangan fisilogi dan psikologi menuju ke arah pencapaian matlamat. Ini termasuklah pergantungan nilai terhadap faktor situasi, matlamat yang menarik perhatian, imbuhan dan faedah . Jika dilihat motivasi intrinsik ialah lahirnya dari jiwa dalaman manusia dan dipengaruhi oleh sikap, emosi dan tingkah laku yang akan menghala tujukan seseorang itu untuk melakukan sesuatu.

Maslow telah mementingkan unsur motivasi ini kerana ia boleh menggerakkan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri apabila telah berusaha untuk mencapai keperluan asas sebelumnya. Menurut Lepper (1988), suasana kelas yang tidak ada gangguan dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk mengikuti pengajaran guru dengan baik. Oleh itu, bilik darjah boleh memupuk naluri ingin tahu belajar dan jauh dari rasa ketegangan.

Clifford (1990) pula telah mengatakan bahawa guru mestilah seorang yang bersifat supportive dan tidak mengkritik pelajar atas kesilapan yang mereka lakukan. Kita harus lihat kesilapan pelajar itu adalah sebagai peluang untuk mereka belajar sekaligus mengelakkan dari pendekatan yang sama sahaja.

Naluri belajar yang bermotivasi tinggi harus didorong dan dirangsangkan bagi menarik perasaan ingin tahu dan juga perhatian pelajar. Morris (1984) berkata tugas guru yang penting ialah meningkatkan naluri ingin tahu pelajar dengan menggunakan set induksi yang menarik dan mendorong pelajar pada permulaan pelajar. Amatlah berketepatan bahawa pelajar didedahkan dengan kehendak soalan yang menghairankan dan mengejutkan bagi membangkitkan perasaan ingin tahu mereka.

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar lagi positif dan berpanjangan apabila pembelajaran murid-murid mendapat sokongan dan peneguhan daripada ibubapa (Morgan dan Lyon, 1986; Honig 1982; Topping 1985; Herrison, J. 1986)

Pendekatan Pembelajaran Kolaborasi 

Pembelajaran secara Kolaborasi merupakan pembelajaran yang dilakukan di dalam kumpulan. Mengikut Slavin ( 1990 ) , pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar kerana mereka lebih bantu membantu semasa mereka dan pelajar yang lemah dapat meningkatkan pencapaian kerja mereka. Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang agak sederhana tidak akan merasa tersisih ataupun disingkirkan kerana adanya kesepaduan idea dan emosi dalam membina sesuatu projek atau karya. Oleh itu mereka dapat menyampaikan mesej dengan lengkap dan spesifik. Ini disebabkan pendekatan ini akan mewujudkan aktiviti dan atmosfera menyokong dan menghormati pandangan ahli.

Ajarlah kepada mereka berkata benar, di samping mengajarkan al-Quran. Jauhkan mereka daripada orang-orang jahat, kerana orang-orang jahat itu menghindarkan perintah Tuhan dan tidak berlaku adil.

Ahmad Shalaby, 1976; ms 33

Pendekatan Teori Permodelan Bandura

Pembelajaran seni boleh menggunakan pendekatan permodelan Bandura kerana ialah lebih menjelaskan kepada pelbagai tingkah laku sosial seperti persaingan, keagresifan, peranan jantina dan sebagainya. Apa yang dapat dilihat di sini ialah pembelajaran ini diperolehi dengan aktiviti melihat, meniru dan memerhatikan tingkah laku orang lain. Oleh itu pelajar akan membuat pemerhatian gerak balas yang diketengahkan oleh orang lain supaya boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. Dalam Pendidikan Seni Visual visual hendaklah berupaya menyimpan hasil pemerhatiannya di dalam ingatan melalui imaginasi dan boleh menyusun maklumat.

Situasi pengalaman pemerhatian yang dilaluinya boleh disampaikan melalui penggunaan situasti realistik. Dalam pendekatan ini guru Pendidikan Seni Visual boleh menyuruh pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Sebagai contoh juga, pelajar yang popular dan baik dalam Pendidikan Seni Visual untuk tajuk tertentu menjadi model dalam pembentangan di hadapan kelas supaya pelajar yang lemah, malu dan takut dapat melihat dan meniru tingkah lakunya.

Pendekatan Pembelajaran Gagne

Teori pembelajaran Gagne yang memperkenalkan teori pemprosesan data dan maklumat melalui penggunaan deria dan organ manusia boleh diaplikasikan di dalam Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Menurut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Apa yang dilihat ialah berlakunya proses daripada mudah kepada yang paling kompleks dan secara berperingkat-peringkat untuk meninterpretasikan maklumat. Menurut Gagne( 1968 ) lagi, kemahiran intelek atau kebolehan kognitif adalah sebagai tingkah laku yang dipelajari. Individu berkembang dari satu tahap ke satu tahap dalam mencapai sesuatu matlamat.

Di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual Visual , pelajar akan melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Mereka akan menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri di mana berlakunya langkah-langkah spesifik dalam proses penyelesaian masalah seperti mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesi, memilih cara menyelesaikan masalah, menguji hipotesi dan membuat rumusan.

Pendekatan ini juga turut membantu pelajar untuk mendapatkan konsep dengan mudah dan jelas. Mengikut Tennyson dan Cocciarella ( 1986 ), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep iaitu:-
• menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri utama dan penting
• menghuraikan istilah penting dan definisi konsep
• memberi contoh positif dan negatif untuk menghuraikan cirri utama
• menghuraikan contoh-contoh tadi mengikut pengelasan tertentu.

Oleh itu, dalam pembelajaran seni visual itu sendiri, guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar di samping adanya proses bimbingan mengenai hukum dan konsep.

Pendekatan Pembelajaran Bruner

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan. Justeru itu terdapatlah pendekatan seperti cara manusia berinteraksi dengan persekitaran, perkembangan mental manusia dan pemikiran, pemikiran logikal, penggunaan istilah untuk memahami susunan, pemikiran analisis dan intuitif, pembelajaran induktif menguasai konsep dan pemikiran metakognitif.

Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual, pelajar boleh diajar cara melihat dunia iaitu melalui peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Oleh itu, pengalaman pelajar secara meneroka, memegang, mencium dan merasa dapat menyediakan pelajar untuk menggunakan pengalamannya di dalam projek dan pengkaryaan. Keupayaan pelajar untuk melakukan aktiviti sedemikian akan mendorong pelajar untuk melihat perkaitan antara konsep dengan idea-idea yang tergolong di dalamnya. Seterusnya akan berlaku pemikiran intuitif penting yang dapat mendorong pelajar melihata pertalian antara ransangan yang berlainan.

Apa yang menarik ialah pendekatan ini juga membantu pengamatan dan penanggapan pelajar jika mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar yang membolehkan belajar banyak konsep, perkaitannya dan boleh mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Oleh itu guru perlu memberi banyak contoh semasa pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh membentuk konsep, membuat kategori dan membuat perbandingan di antara konsep-konsep.

IMPLIKASINYA DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Implikasi dalam konteks kertas kerja ini membawa maksud yang merujuk kepada akibat atau kesan positif yang terjadi berikutan penggunaan psikologi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual.

1. Guru lebih sensitif terhadap perkembangan psikologi pelajarnya.

Pelajar-pelajar didalam kelas mempunyai tahap perkembangan psikologi yang berbeza dan pelbagai. Terdapat dikalangan mereka yang terlalu aktif dan agresif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Kecergasan (aktif) positif ketika menjalankan sesuatu aktiviti kelas PSV adalah suatu kelebihan kepada guru untuk melakukan proses pengajaran dengan lebih teratur dan menarik. Keaktifan yang melampau biasanya menyebabkan hasil pembelajaran menjadi sebaliknya, yang mana pelajar yang terlalu aktif berkemungkinan akan menyimpang dari objektif pembelajaran, manakala pelajar yang pasif akan jauh ketinggalan dan akan bertambah lemah kefahamannya.

Keprihatinan guru dalam memahami perbezaan-perbezaan ini, melalui pemerhatian dan penyelidikan sangat ditekankan agar membantu guru meningkatkan prestasi pengajarannya. Menurut Charles, C.B., (1976), Dapatan-dapatan daripada kajian-kajian tersebut dapat digunakan untuk meningkatkan lagi pembelajaran dan pengajaran. Lazimnya, pelajar juga akan sensitif dan prihatin terhadap usaha guru, lalu bersungguh-sungguh memperbaiki kelemahan dan kesilapannya atau berusaha melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih baik. Dengan cara ini perasaan saling hormat menghormati dan faham memahami akan sentiasa berbunga mekar dikalangan guru dan anak-anak didiknya. Inilah kunci dorongan untuk mencapai kecemerlangan dimasa akan datang.

2. Perhubungan baik guru dan pelajar.

Memahami tingkahlaku kemanusiaan akan membentuk persefahaman yang baik diantara guru dan pelajar. Guru yang cenderung dan berempati dengan pelajar akan bertambah baik hubungan mereka. Pelajar akan lebih menghormati guru sebagai pendidik, pembimbing dan penasihat mereka. Sikap suka menyusahkan tugas guru tidak terlintas difikiran mereka, malahan akan sentiasa membantu dan bekerjasama dalam sebarang permasalahan. Ini dibuktikan dengan keringanan tulang, membuat tugasan mengikut masa yang ditetapkan, sentiasa bekerjasama dan sentiasa menjaga nama baiknya, gurunya dan sekolahnya. Jasmani, emosi, mental, intelek dan sahsiah (Jeris) pelajar yang seimbang dan harmonis bakal melahirkan warganegara yang cemerlang akademik dan cemerlang akhlaknya.

Cara pengajaran pendidikan Pendidikan Seni Visual visual tidak sama dengan pengajaran matematik, sains dan lain-lainnya, meskipun matlamatnya sama. Menurut Highet, G., (1968), pengertian pengajaran adalah tidak lengkap jika dianggap sebagai sains sahaja. Sebaliknya, pengajaran boleh dianggap sebagai satu seni kerana ia melibatkan emosi dan nilai-nilai manusia. Pengajaran seni tidaklah sama dengan tindak balas kimia; ia lebih merupakan tindakan menghasilkan suatu lukisan, mencipta sesuatu yang baru (inovasi), memahami bahasa tampak, menghasilkan bahan kreatif dan pelbagai lagi, yang memerlukan kemantapan mental, kemahiran psikomoto berkualiti yang tidak boleh dicapai melalui teori atau formula sahaja. Seni adalah sesuatu yang subjektif dan infiniti, objektifnya luas, aktivitinya bebas (tapi terancang)

Kebolehan berkomunikasi secara terus dan telus menyebabkan guru akan mengetahui setakat mana kemampuan pelajar membuat penghasilan. Cara membetulkan kesilapan (contoh; melukis) seorang demi seorang pelajar akan membuatkan pelajar merasa diberi perhatian dan dihargai. Rangsangan dan motivasi seperti ini jarang terdapat dalam mata pelajaran lain, yang hanya membetulkan kesilapan diatas papan tulis lalu diikuti oleh semua pelajar.

Interaksi dua hala sangat diutamakan terutamanya dalam mata pelajaran PSV. Objektif pengajaran akan dapat dicapai dengan lebih mudah dan berkesan, yang mana diakhir pengajaran dan pembelajaran, guru dan pelajar akan berpuas hati dan bersedia untuk objektif yang seterusnya pada masa akan datang.

Dengan interaksi dua pembolehubah ini, persepsi pelajar terhadap guru adalah positif dan menggalakkan. Pelajar akan merasakan gurunya seorang yang baik hati, bertanggung jawab, berkebolehan dan professional. Perasaan demikian boleh meyakinkan pelajar akan kemampuan guru membantunya menyelesaikan masalah pembelajaran dan sebagainya.

3. Disiplin pelajar terkawal tanpa tekanan atau paksaan. 

Melalui pengalaman didalam kelas PSV seseorang pelajar sepatutnya mengawal emosi dan tindak tanduknya untuk mengelakkan konflik dengan guru dan rakan sekelasnya. Pengawalan dan pengawasan tingkah laku akan lebih mudah dan berkesan. Kelakuan agresif dan negatif boleh dikawal melalui peraturan-peraturan yang tidak terlalu rigid atau ketat. Pelajar akan sentiasa berwaspada dan berhati-hati akan tingkahlakunya untuk mengelakkan prasangka serta pandangan negatif rakan dan guru terhadapnya. Guru dapat mewujudkan kelas dengan situasi yang ceria dan kondusif, tanpa paksaan atau tekanan. Situasi menggalakkan seperti ini sentiasa diingini oleh setiap guru dan pelajar. Ianya adalah kepuasan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui latihan dan amalan mengikut peraturan dengan ikhlas, pelajar dengan sendirinya akan terlatih mematuhi peraturan-peraturan lain. Dadanya rasa lapang dengan fikiran terbuka, rasional, sabar, yakin dan tenang menimba ilmu. Disiplin, tingkahlaku serta emosinya terkawal dengan baik. Pembelajarannya menyeronokkan dan mencapai objektif sebagaimana yang disasarkan oleh guru.

Disiplin bermula dari pelajar mula melangkah masuk kedalam kelas atau bengkel Pendidikan Seni Visual, tidak berebut-rebut dan tidak terlalu memilih tempat duduk. Mendengar dan mengikuti dengan teliti pengajaran yang disampaikan guru, jika kurang jelas dan perlukan penerangan bertanyalah dengan sopan. Jika ada tugasan, lakukan dengan sebaiknya terutama semasa menggunakan alat dan bahan yang disediakan guru, gunakan dengan betul dan tidak membazir. Setelah selesai, kemas dan bersihkan alat-alat dan pulangkan semula kepada guru secukupnya. Bilik seni perlu dibersihkan, kembalikan kepada keadaan asal. Jika proses ini berjalan dengan lancar, sudah tentu guru dan pelajar akan berpuashati dan bersedia untuk P&P seterusnya minggu akan datang. Pelajar dan guru tidak tertekan malah menghasilkan kesan psikologi yang positif kepada kedua-duanya (guru dan pelajar)

Persefahaman seperti ini perlu wujud berterusan demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Menurut Maher, (1961), Seseorang itu boleh melahirkan tindak balas emosi akibat proses pembelajaran yang lalu. Jika sesuatu aspek negatif berlaku dalam pembelajaran yang lepas, ianya memberi kesan psikologi yang memakan masa panjang untuk pulih, malahan ada yang terus tidak dapat dipulihkan. (Root (1992) dalam Rohany, 2001) Beberapa peristiwa atau kejadian yang mengejutkan, menakutkan, memalukan dan sebagainya, membawa kesan trauma dan mengganggu kehidupan individu yang terlibat dengan kejadian itu, samada rakan-rakannya dan mungkin keluargannya. Sesungguhnya kesederhanaan dalam banyak hal membantu perkembangan psikologi seseorang kearah yang positif, seimbang dan harmonis selaras hasrat Falsafah Penddikan Negara.

4. Kejayaan dan kecemerlangan. 

Untuk mencapai kejayaan, seseorang pelajar memerlukan guru yang berdedikasi dan bertanggung jawab mendidik mereka dengan kesungguhan dan iltizam yang tinggi, di samping keinginan dan kesungguhan pelajar itu sendiri untuk mencapai matlamat dalam pembelajarannya.

Kejayaan dan kecemerlangan adalah cita-cita seseorang pelajar, tidak kira samada dikalangan mereka yang rajin atau malas, bijak atau lemah, bersemangat atau sebaliknya, malahan yang tidak pernah mengulangkaji pun ada yang bercita-cita sedemikian. Sebab itulah guru perlu memainkan peranan untuk menyuntik dan menyemai semangat ingin berjaya kepada pelajarnya dalam setiap masa. Pengukuhan dan ganjaran, walaupun hanya kata-kata sangat penting sebagai motivasi kepada pelajar.

Natijahnya, pelajar yang sentiasa mendapat dorongan guru, akan lebih bersedia untuk mendengar, bertanya, mengikut arahan dan jarang yang menimbulkan masalah. Pelajar yang begini sikapnya akan cepat memahami dan menghayati dengan baik setiap pengajaran yang disampaikan oleh gurunya. Kejayaan demi kejayaan akan dapat diraihnya bermula di sekolah, kolej atau di institusi pengajian tinggi, akhirnya ia keluar sebagai graduan dan selepas itu akan menjadi penjawat awam atau swasta dengan tahap profesional yang boleh dibanggakan.

Kesimpulan

Great creative energy exists in every child. This must find an outlet In expression or repression will result. Children should be allowed to draw what they wish, that they see in their minds, eyes, not that which others thik they ought to draw. Lanier : 1975:81

Pendidikan Seni Visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan ketiga-tiga domain manusia iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor yang boleh memberi sumbangan untuk membantu proses memajukan perkembangan dan pertumbuhan seseorang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Melaluinya kita dapat memperkembangkan bakat, potensi, diri individu untuk menjadi anggota masyarakat yang memiliki nilai-nilai halus dan menggunakannya berlandaskan iman.

Adalah jelas menunjukkan bahawa keupayaan dan kesediaan kanak-kanak dalam menghasilkan kerja-kerja seni adalah berbeza antara satu sama lain berdasarkan umur, kebolehan fizikal, emosi dan kebolehan inteleknya. Kemahiran kanak-kanak amat bergantung kepada latar belakang pendidikan yang diterima menerusi corak pengajaran guru Pendidikan Seni Visual yang lepas. Menurut Gaitskell (1982), guru-guru yang mengamalkan kaedah diktator akan menghalang perkembangan kreativiti kanak-kanak berbanding dengan guru-guru yang mengamalkan kaedah yang lebih demokratik yang lebih berpusatkan kanak-kanak atau murid iaitu seperti kaedah orientasi murid berdasarkan tajuk, kaedah berorientasikan media, kaedah panduan fasilitator atau kaedah laissez-faire.

Peranan guru adalah untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarah kanak-kanak melakukan kerja-kerja untuk memenuhi kehendaknya. Mereka perlu menyediakan peluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya pengalaman mereka bertambah dari masa ke semasa.

Bibliografi:

Ahmad Shalaby. (1976). Sejarah Pendidikan Islam, Pustaka Nasional Singapura.

Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998). Psikologi II. Fajar Bakti Sdn.Bhd. Shah Alam.

Chapman, Laura, H. (1988). Approaches to Art in Education, Harcourt Brace Jovanovich Inc. New York

Christine Marme Thompson, (1995). The Visual Art and Early Childhood learning, The National Art Education, Association 1916 Association Drive, Reston Virginia.

Clawson, J.G. (1980). Mentoring in Managerial Greers. In C.B. Derr (Ed), Work, Family and Career (pp.144-165). New York Praeger.

Geoggry Petty.(1997). How to be better at Creativity. Kogan Page Limited. London.

Hassan Langgulung.(1997). Kreativiti Dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Howard Gardner (1993). Multiple Intelligence : The Theory in Practice. USA, The Getty Center of Education In The Art

Herrison, J. (1986). The Long term effectiveness of parental involvement in reading: A following to the Harringgey Reading project. British journal of Educational Psychology, Vol. 58 Part 2, 1986: 184- 190

Honig, A.S. (1982). Parental Involvement in early childhood education. In Spodek B. (ed) Handbook of research in early childhood education. New York: The Free Press, 426-455

John A Micheal. (1983). Art and Adolescene: Teaching Art at Secondary Level, Miami University

Lansing, Kenneth, M. (1971). Art, Artist and Art Education. NY. Mc Graw Hill Book Co.


Leonard M S Yong. Creatvity. A Study of Malaysian Students. Faculty Education. University of Malaya. Kuala Lumpur.

Morgan, R. & Lyon, E. (1979). Paired Reading – a preliminary report on a technique for parental tuition of reading retarded . Journal Child Psychol. Psychist., 20, 151-160.

Orlich. Harder. Callaham, Kauchak.Gibson. (1994). Teaching Strategies. A guide to Better Instruction.D.C. Heath And Company. Lexington, Massachusetts, Toronto.

Ramlah Jantan & Mahani Razali.(2002). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Read, Herbert. (1996). (New Edition) Education Through Art, Faber and Faber, London.

Rod Taylor.(1986). Educating for Art. Critical response and development. Longman. Hong Kong.

Shaharuddin Hashim, Dr. RohizaniYaakub. (2003). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1. Konsep-konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Longman.Selangor.

Topping, K. (1985). An Introduction to paired reading in Topping, K & Wolfendale, S. (ed). Parental involvement in Children reading. Bechanham: Croom Helm.

Viktor Lowenfeld & W. Lambert Brittain. (1993). Creative and Mental Growth, Mc Millan Publishing, New York.

__________. 1999. Prosiding Seminar Pendidikan Seni.Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti dalam Pendidikan Seni. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan Disciplin Based Art Education (DBAE)

Oleh:
Prof. Madya Hj Iberahim Hassan
Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan dalam kurikulum. Sebagai pendidik seharusnya juga berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang seni tertentu supaya sentiasa terkini selari dengan keparluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang akan kita ajar nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni dalam pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkan terhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativiti itu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan pandangan bahawa pengajaran pendidikan seni itu tertumpu hanya kepada berkerja dengan alat dan bahan sahaja. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanya sebagai penyedia bahan dan sumbar, kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran pendidikan seni banyak yang boleh disediakan untuk perkembangan pelajar. Kita mempersoalkan bahawa pembelajaran artistik itu bukan setakat berkebolehan menggunakan alat dan bahan semata, dan kita membuat rumusan bahawa peranan guru lebih jauh daripada hanya sebagai pembekal alat bahan dan sumber dan menyetabil emosi murid-murid sahaja.

Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar-pelajarnya diharapkan akan dibawa dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauhmanakah idea yang telah dikonseptual itu akan dilaksanakan di perinkat sekolah. Berbanding dengan sambutan masyarakat sekolah dan juga masyarakat setempat terhadap matapelajaran lain yang lebih diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, matapelajaran pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang tidak berkepentingan. Atas keadaan inilah memberi tekanan kepada guru untuk merealisasikan konseptual pendidikan seni yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber sokongan untuk melaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan sumbangan peruntukan yang agak tinggi berbanding dangan mata pelajaran kemanusiaan dan sains yang lain. Sejauhmanakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain untuk memberi sumbangan membantu pihak pelajar dan Sekolah menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini. Di negara kita setakat ini usaha begini belum dicuba secara menyeluruh. Usaha guru untuk mempastikan keistimewaan mata pelajaran ini tinggal usaha sahaja jikalau tidak mendapat sokongan sama ada dalam bentuk moral atau kewangan daripada pihak berkenaan.

Saya percaya bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluan dalam pembangunan negara bangsa kita sumbangan mata pelajaran pendidikan seni ini adalah releven dengan keparluan itu. Masyarakat seharusnya mempunyai tanggapan bahawa memberi pendidikan kepada anak-anak mereka bukan setakat duduk belajar menerima ilmu dan kemahiran matematik, sains dan teknologi sahaja, pendidikan yang harus diterima oleh pelajar adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi menyeluruh mereka secara optimum bukan sahaja menjurus kepada metapelajaran utama, juga melalui metepelajaran pengimbang yang lain termasuk kesenian. Dalam sistem persekolahan kita, Pendidikan Seni Visual adalah matapelajaran wajib daripada tahun satu hingga ke tingkatan tiga sekolah menengah. Dan merupakan mata pelajaran elektif untuk sekolah menengah atas. Sukatan pelajara Pendidikan Seni Visual telah disemak semula dan merupakan yang terbaik untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ianya mampu memberi persediaan awal bagi syarat masuk ke pusat pengajian tinggi bagi bidang-bidang yang releven seperti, bidang yang memerlukan kemahiran melukis dan kreativiti yang tinggi seperti seni binaan, pereka, dan sebagainya. Banyak universiti telah menawarkan kursus-kursus yang memerlukan kemahiran dalam bidang seni ini. Sebenarnya di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukan kemahiran dalam seni ini apa lagi jikalau dicantumkan kebolahan pelajar dengan matapelajarn sains dan teknologi.

Untuk meningkatkan kualiti akdemik kepada pembelajaan pendidikan seni visual di Amerika umpamanya uasha sama di antara pakar-pakar dalam bidang ini dengan bantuan kewangann oleh Yayasan Gettey telah berjaya mengutarakan sebuah konsep kurikulum yang lebih bercorak akademik dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni berasaskan disiplin (Disciplin based art education -DBAE).

Kita juga bersetuju pendidikan seni visual ini merupakan sebahagian kecil daripada mata pelajaran yang memberi peluang kepada pelajar mengksploitasi emosinya sebagai sebahagian daripada sumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi. Pendidikan senilah yang memberi peluang kepada pelajar sebagai tempat pelarian sementara daripada kurikulum yang penuh dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa , tempat yang didominasi dengan keriuhan kata-kata, huruf dan angka-angka. Menerusi pendidikan seni juga pelajar digalakkan menemuai visi peribadinya dan kerja-kerjanya yang merupakan coritan peribadi. Sekolah penuh dengan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh kurikulumnya, yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakan hanya satu sahaja jalan penyelsaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapan yang betul bagi setiap soalan. Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialah ruang, tempat dan yang lebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih berkuasa membenarkan mereka membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkan mereka meghadapi cabaran, mengikut tempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apa yang diperlukan oleh pelajar adalah ruang untuk hidup (lebensraum). Pendidikan seni seharusnya tidak kaku, tidak berunsur mekanikal, lifeless dan pembelajaran akademik yang hambar . Jikalau terlalu bercorak akademik pun akan mengakibatkan keistimewaan yang boleh ditawarkan oleh mata pelajaran ini akan pudar.

Eisner dalam rancananya bertajuk Structure and Magic in Dicipline Base Art Education

dalam Al Hurwitz (1991) ms 17 menyatakan pentingnya pengalaman yang cukup dalam pembinaan konsep amalan pendidikan. Untuk mendapat pengalaman bagi mendapatkan pendidikan yang segnifikan seseorang individu itu perlu berupaya menggunakan kecerdasannya untuk menghadapi permasalahan yang dihadapi dalam kehidupannya. Hal ini boleh berlaku dalam mana-mana mata pelajaran pendidikan seni, kerana dalam mata pelajaran ini amat sesuai untuk pelajar berfikir dengan lebih bijak tentang seni dan manifestasi terhadap dunia sekitarnnya. Melalui pengalaman yang diterima membekalkan pelajar untuk berfikir tentang seni dan apakah disiplin yang berkaitan dengannya. Inilah yang hendak dicapai melalui pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE). Apakah yang akan mereka belajar ? Apakah bentuk permasalahan yang akan mereka hadapi apabila mereka belajar pendidikan seni? Apakah yang kita lakukan dengan seni ?

Terdapat empat perkara penting yang dilakukan oleh kita dengan seni. Iaitu, kita menghasilkannya. Kita melihatnya. Kita memahami bahawa seni sentiasa berada di dalam budaya. Kita juga membuat penilaian tentang kualiti sesebuah bentuk seni itu. Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin terdapat empat bahagian yang menjadi struktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan estetika.

Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imej yang mempunyai tenaga eksprasif, coherence, celik akal ( insight) dan pandai mencipta ( ingenuity).

Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat , bukan sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya. Persekitaran yang terdapat di dalamnya berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.

Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan.

Disiplin estetika pula merupakan satu disipin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian

Tiada hasil seni yang berada dalam konteks yang vakium, sebahagian daripada makna yang dipancarkan menerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan konteks semasa atau setempat.

Kita akan berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan , kita tidak langsung sahaja membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian. Kadang-kadang kita akan menggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan, macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh diaplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana dan teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan. Itulah yang dikatakan estetika. DBAE bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pelajar menangani permasaalah bagi keempat-empat domain yang dikemukakan.

Hasrat untuk merealisasikan pendekatan ini adalah begantung kepada kebijaksanaan guru menterjemah, merancang dan melaksananya di bilik darjah. Dengan kefahaman yang jelas dan keupayaan menterjemah matlamat pendekatan DBAE ini akan dapat menyediakan satu rintitan pembelajaran yang mampu membentuk pengalaman pelajar terhadap keistimewaan-keistimewaan yang boleh mereka garap menerusi pembelajaran pendidikan seni ini. Sekiranya guru gagal menyediakannya , pelajaran pendidikan seni akan menjadi hambar , cetak, malap dan faedah yang diterima oleh pelajar berada ditakuk lama juga akhirnya. Pendidkikan seni memerlukan kurikulum yang mantap dan berkualiti dengan guru yang cekap dan berpengetahuan untuk mengendalikan pelajaran ini. Apakah kurikulum pendidikan seni visual kita belum mantap ? Adakah DBAE ini cukup mantap untuk dilaksanakan ? Persoalannya adalah bukan kita perlu menyoal tentang kemantapan kurikulum, tetapi selalunya guru-guru hanya mengambil kandungan sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu untuk merancang pengajaran dan pembelajaran bagi setiap semester. Saya percaya jarang di antara guru yang mengaitkan antara objektif sukatan pelajaran dengan kandungan ketika membuat perancangan. Oleh itu perancangan hanya sekadar memfokuskan kepada tajuk dan sub tajuk dalam sukatan pelajaran, akhirnya apa yang berlaku di bilik darjah, pelajaran hanya menumpukan kepada penghasilan produk dan sedikit menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan sejarah, estetika dan kritikan seni. Oleh itu adalah dicadangkan supaya guru-guru menggunakan salah satu daripada pendekatan-pendekatan menyediakan rencangan pelajaran pendidikan seni ini iaitu menggunakan pendekatan DBAE. Ada juga pendekatan lain seperti pendekatan budaya, etnografi, pendekatan studio (yang sering diamalkan) dan sebagainya. Bolehlah diaplikasi dalam penyediaan perancangan dan diaplikasi juga dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini.

Untuk merancang pelajaran pendidikan seni di sekolah rendah konsep gabung jalin dan penyerapan antara disiplin (mata pelajaran) digalakkan. Dengan perancangan yang bijak konsep penggabungjalinan ini akan mampu memalarkan sempadan yang ada di antara mata pelajaran itu, pelajaran boleh berlaku secara fleksibel. Untuk ini keupayaan guru untuk merancang kurikulum secara bersepadu memerlukan kefahaman yang lebih menyeluruh antara mata pelajaran, kerjasama antara guru-guru dan antara panitia setiap mata pelajaran adalah amat dituntut. Kefahaman dan kesedaran tinggi tentang matlamat pendidikan itu secara menyeluruh amat dituntut, jauhi sikap lebih mementingkan hak atau mengutamakan sempadan antara mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain menyebabkan wujudnya pembahagian atau pengasingan antara disiplin, garis sempadan yang sebenarnya boleh dimalarkan. Perancangan kurukulum untuk sekolah rendah seharusnya menitikberatkan konsep sepadu. Apabila perancangan semester, minggu atau harian itu dirancangan secara bersepadu antara disiplin antara mata pelajaran, mungkin melalui isi pelajaran, atau melalui kemahiran-kemahiran yang setara maka pembahagian dan pengasingan pengalaman pembelajaran di kalangan pelajar tidak akan berlaku sebaliknya pembelajaran berlaku secara bersepadu. Penyepaduan antara satu mata pelajaran dengan satu mata pelajaran lain bukanlah tidak memberi kesan sampingan. Sebaliknya memang ada kesan iaitu kurangnya tumpuan khusus pada mata pelajaran berkenaan secara total ketika melalui proses pembelajaran. Untuk mata pelajaran pendidikan seni dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi disiplinnya supaya tidak ditelan oleh tumpuan kepada mata pelajaran yang disepadukannya itu yang sering dianggap mata pelajaran yang lebih mustahak, dicadangkan bahawa kesepaduan antara mata pelajaran itu hanya dilakukan apabila diperlukan dan bersesuaian sahaja, selagi nilai seni itu tidak ditenggelami oleh arus proses pembalajaran pelajaran lain. Maksudnya, kandungan pelajaran dan sub kandungan pelajaran bagi sesuatu pembelajaran adalah merupakan struktur kurukulum berasaskan disiplin (DBAE) yang dirancang secara terbuka. Isu yang utama di sini adalah bagaimana untuk mencapai matlamat pendidikan berasaskan DBAE.

Konsep sepadu itu bukan setakat berlaku antara mata pelajaran sahaja. Sebenarnya di dalam mata pelajaran itu sendiri boleh berlaku konsep sepadu. Jikalau kita menyediakan perancangan berasaskan struktur DBAE terdapat empat disiplin yang boleh dirancang secara sepadu. Pengsepaduan antara subjek boleh dilakukan. Empat disiplin, dalam pembelajarn pendidikan seni iaitu, sejarah seni, penghasilan produk seni, estetika dan kritikan seni boleh dirancang dan digabunjalinkan secara sepadu atau diajar berasingan, atau secara selari atau sepadukan antara komponen-komponen unit utama atau aktkviti seni yang direka bentuk untuk mewujudkan perhubungan antara konsep, kemahiran dan generalisasi antara empat disiplin itu. Hubungan antara sejarah seni, kritikan seni dan estetika adalah amat nyata sekali jikalau dikaitkan dengan proses dan prosidur menghasilkann produk seni.

Seseorang pelajar yang bercadang untuk membuat sebuah karya yang berkaitan dengan tema-tema kemanusiaan, seperti peperangan dan kezaliman boleh merujuk kepada pelukis Nirmala Shanmughalinghm bertajuk Vietnam 1981 yang mempersoalkan kekejaman peperangan di Vietnam atau Ibrahim Hussein bertajuk My Father and The Astronaut, 1969 yang mempersoalkan pertembungan nilai manusia antara tradisional dan moden . Kedua-dua pelukis ini membawa makna kemanusiaan, masing-masing menggunakan media dan teknik pengutaraan yang berbeza. Melalui sejarah pelajar dapat mepelajari pengalaman seniman menghasilkan karya, apakah tema yang dipilih, sejauh manakah pekanya seniman terhadap nilai-nilai persekitaran sama ada tempatan atau peringkat antara bangsa. Begitu juga pelajar dapat membandingkan teknologi media yang dipilih dalam menghasilkan sesebuah karya. Mengenai nilai estetika pula pelajar boleh membandingkan cara persembahan seniman tersebut, lihat bagaimana Ibrahim Hussein menggunakan kepakarannya menghasilkan imej yang realistik menerusi kombinasi cat minyak dan cetakan, kombinasi yang begitu harmoni. Manakala Nirmala pula menggunakan teknik campuran cetakan dan catan akrilik di atas kanvas, transformasi imej-imej foto yang menggambarkan penderitaan rakyat Vietman kesan peperangan, dengan paparan hitam putih sesuai dengan mod yang dipaparkan.

Bukan setakat membanding karya sahaja, atau setakat melihat gambar catan daripada seniman-seniman yang dipilih, malah pelajar boleh membuat kajian di perpustakaan , atau membaca melalaui beberapa artikal, keratan surat khabar hasil kritikan oleh pengkritik-pengkritik terhadap seuatu karya seni. Melalui majalah Budaya umpamanya banyak tulisan-tulisan yang menyentuh karya seniman tanah air. Untuk membuat perbandingan antara seniman antara bangsa , melalui teknologi ICT guru atau pelajar boleh melayari internet memasuki halaman Museum of Art umpamanya akan dapat segala bentuk seni atau seumpamanya untuk dijadikan sumber pembelajaran. Dengan cara ini juga kita tidak terikat dengan buku teks pendidikan seni yang memang pun tiada dalam system persekolah kita.

Pendek kata terpulanglah kepad guru untuk merancang kerana dalam kontaks pendidikan di negara kita, walaupun sukatan pelajaran dan kandungan bagi satu-satu tahap telah ditetapkan oleh pihak Pusat Perkmbangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi untuk merancang pelajaran berdasarkan semester atau penggal, mingguan dan harian itu masih terletak ditangan guru. Antara guru dan muridlah yang meletakkan sempadan sesuatu bidang ilmu bagi sesuatu mata pelajaran itu. Jikalau guru hanya terikat kepada kandungan yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran maka setakat itu sahajalah ilmu dan kemahiran yang dapat dialami oleh pelajarnya. Pada dasarnya gurulah yang menentukan hala tuju pembelajaran. Guru yang menentukan isi kandungan, guru yang menentukan kaedah pembelajaran, guru juga yang mentukan apa, bagaimana dan sejauhmana serta bila sesuatu pelajaran itu berlaku. Sama ada guru mengawal keseluruhannya atau tidak mengawal apa-apa pun, ini boleh berlaku. Sama ada guru membuat perancangan berdasarkan kreativiti dan inovasinya tidak hanya setakat mengikut apa yang tercatat dalam kurikulum sedia ada atau mengikut sahaja apakah kandungan yang tercatat dalam kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian sekadar untuk menghabiskan tajuk-tajuk dan aktiviti untuk sepanjang tahun persekolahan.

Yang jelas iaiah kurikulum bukanlah berupaya menyatakan keseluruhannya akan apa yang patut dilakukan oleh guru. Kurukulum hanya boleh menyediakan ruang untuk guru membuat justifikasi, dan interpritasi setidak-tidaknya dalam dua lokasi. Pertamanya guru boleh merancang semula kandungan sukatan pelajaran berdasarkan tahap-tahap yang telah ditetapkan dengan menggunakan mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu. Pendekatan itu mungkin salah satunya ialah DBAE. Keduanya sukatan pelajaran pendidikan seni terlalu luas ruang lingkup bidang dan isi kandungnya untuk dilaksanakan bagi lima tahun di sekolah menengah dan enam tahun di sekolah rendah. Untuk satu-satu tahun sesi persekolahan guru boleh memilih beberapa tajuk sahaja, bukan membuat kesemua isi kandung yang tercatat dalam sukatan pelajaran. Apa yang perlu dilalukan adalah pastikan objektif pelajaran dilaksana melalui isi kandung atau kegitan yang dipilih sesuai pula dengan keupayaan dan kemahiran kumpulan sasar iaitu pelajar.

Oleh kerana ruang lingkup pelajaran pendidikan seni ini luas dan jangkamasa pula panjang maka dalam membuat perancangan pelajaran pendidikan seni ini penegasan kepada urutan (sequence) amat penting. Eisner(1991) berpendapat urutan dalam kurikulum amat penting alasannya adalah pertamanya semua aktiviti untuk mana-mana program pun memerlukan masa yang lebih. Masa, aktiviti dan tahap kesukaran bagi sesuatu kamahiran itu itu perlu diuruskan secara berurutan. Pelajaran perlu dimulakan daripada yang mudah kepada yang lebih sukar secara berperingkat-peringkat. Dalam kotaks psikologi perlu ada urutan dalam sesuatu organisasi aktiviti supaya ada cabaran, perkembangan, membangunkan idea-idea, dan kemahiran yang perlu dikuasi oleh pelajar sehingga ke tahap optimumnya. Program pendidikan tanpa menitikberatkan nilai-nilai urutan adalah pendidikan yang statik (Eisner, 1991) Sebagai contoh, kita mulakan pelajaran kita dengan meminta pelajar menggunakan berbagai alat dan bahan sedangkan pelajar tidak berupaya membuat perkaitan antara bahan-bahan tersebut kerana mereka belum diberi pendedahan awal. Mereka juga diminta menghasilkan sesuatu menggunakan bahan-bahan tersebut. Sudah tentu pelajar berada di dalam kebingungan, atau pelajar akan membuat sesuatu tanpa tujuan, pelajar hanya membuat sesuatu secara cuba jaya sahaja. Ini membuang masa dan berlaku pembaziran.

Pentingnya perancangan dan pembelajaran secara urutan ini akan membantu pelajar membuat internalize kandungan pengalamannya. Interanalisasi ini akan lebih berkesan jikalau perancangan pelajaran memberi peluang kepada pelajar berlatih mengembangkan kemahiran dan ideanya. Sebagai contoh, jikalau pelajar diminta menghurai secara metapora tentang kualiti eksprasif suatu kerja-kerja seni umpamanya tentang menara kembar Kuala Lumpur, lanjutan daripada aktiviti itu pelajar diminta memindahkan idea dan kualiti eksprasif itu kepada kerja-kerja catan, arca, grafik, seramik dan sebagainya. Dalam hal ini kita sering mengutamakan kepelbagaian dalam kurikulum tetapi mengenepikan hal-hal yang berkaitan dengan urutan. Lebih baik kita hadkan jumlah aktiviti atau projek yang perlu disempurnakan tetapi kita utamakan urutan itu kerana yang penting adalah proses internalize itu.

Alasan lain mengapa urutan atau kesinambungan itu penting dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni berasaskan disiplin ini (DBAE) adalah berkaitan dengan membina kualiti automaticity iaitu berkaitan dengan pembinaan diri menjadikan sesuatu itu berlaku secara sepontan tanpa kawalan atau arahan fikiran sedar. Tindakan berlaku secara automatic. Kita boleh memandu secara automaticity sambil memandu kita boleh mendengar radio, berbual dengan rakan, atau berkhayal sesuatu kemungkinan. Ada orang boleh bermain alat muzik sambil menyanyi dan menari juga. Ianya berlaku secara automaticity. Bagaimana ini boleh berlaku ? Semuanya berlaku bermula dengan internalisasi, kemahiran dan latihan berlaku secara berurutan dan berkesinambungan. Dalam pendidikan seni kualiti ini berlaku apabila pelajar berupaya memberi reaksi secara automaticity apabila berhadapan dengan pengalaman estetika. Samalah dengan keupayaan kita dalam berbahasa dengan mudah sahaja kita boleh mengucapkan kata-kata berpuisi apabila hati kita tersentuh dengan keindahan yang menakjubkan. Apabila pelajar sudah berkemahiran dengan pengalaman estetika dan segala-galanya dalam kawalannya secara automatic ia akan memberi tindak balas. Pelajar ini bersedia untuk mengutarakan konsep berkaitan untuk berbahas, membuat perbandingan dalam seauatu perbincangan. Automatiksiti adalah anugrah

kebebasan khusus untuk pembentukan keupayaan imaginsi. Ia berkembang dalam repetorie kognitif bergantung kepada sejauh mana program yang dirancang secara berurutan dan berkesinambungan. Tanpa berurutan, idea-idea dan kemahiran sukar menjadi lebih kompleks dan berkualiti. Tanpa urutan pelajar sukar untuk membina internalize. Kurikulum pendidikan seni yang berdasarkan struktur DBAE pada pandangan Eisner memberi peluang kepada pelajar membina kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas.

Eisner (1991) juga berpendapat bahawa terdapat berbagai unsur yang terlibat dalam struktur kurikulum DBAE. Program tersebut mengutamakan keupayaan dan peluang pelajar mengenali budaya mereka. Ini memerlukan keterlibatan berbagai pihak dalam masyarakat, menggalakkan keterlibatan institusi budaya tempatan, yayasan kesenian, dan agensi kerajaan bersama-sama berganding tangan dan minda dalam membekalkan sumber-sumber yang membantu guru untuk menyediakan suatau program yang berkesan. Bahan dan sumber kurikulum pendidikan seni yang baik adalah yang boleh dipandu dan bebas. Ia perlu dipandu kerana ianya merupakan model dan kandungan, aktiviti dan matlamat yang dicadang yang mungkin tidak disedari oleh guru. Ianya bebas kerana bahan dan sumber yang baik bukan setakat boleh membantu pelajar, ianya juga boleh membantu dan mengajar guru, ianya juga mudah digunakan sesuai dengan keperluan dan situasi pembelajaran.

Satu lagi keistimewaan menggunakan DBAE dalam perancangan kurikulum ialah menerusinya pelajar boleh mendapat munafaat apakah sebenarnya keistimewaan mata pelajar pendidikan seni ini. Selain daripada mendapat pendedahan mengenai empat disiplin iaitu sejarah seni, kritikan seni,estetika dan menghasilkan produk seni pelajatr-pelajar juga akan menimba pengalaman kerana mata pelajaran ini memberi dua bentuk sumbangan untuk pembangunan dan pengalaman manusia. Pertamanya melalui imej dan peristiwa yang dijalin melalui bentuk estetika dan melalui curahan perasaan adalah merupakan perantara melaluinya potensi keupayaan minda manusia diterjemahkan kedalam bentuk visual. Kapisiti intlektual kita akan menjadi keupayaan intlektual selagi kita memberi peluang setiap kepisiti itu berfungsi. Jenis pemikiran ini memerlukan pemerhatian bagi menentukan mana yang sesuai dan kompleks, mempelajari bagaimanakah untuk meneliti sesuatu bentuk, agar struktur yang eksprasif berupaya merangkap emosi dan imaginasi bagi disesuaikan dan memajukan keistimewaan seni yang ambiguity, dan boleh memberi sumbangan kepada perkembangan kemahiran kognitif yang begitu kompleks. Keistimewaan seni boleh menjangkau daripada persepsi yang halus dan kompleks kepada mehasilkan karya seni yang di luar jangkauan minda.

Sumbangan yang kedua yang boleh diberi oleh mata pelajarn pendidikan seni ini adalah berkaitan dengan makna yang tersurat dan tersirat pada sesuatu bentuk seni. Pendidikan adalah satu wadah yang matlamat umumnya adalah untuk membolehkan manusia mengembangkan literasi. Melelui keupayaan literasi manusia boleh menyata atau mentafsiri sesuatu makna yang berbagai-bagai bentuk yang terdapat di persekitarannya. Dalan kehidupan kita, perkataan, angka, pergerakan, imej dan pola-pola bunyi adalah bentuk-bentuk dimana sesuatu makna itu boleh disampaikan. Untuk mambaca makna pada sesuatu bentuk itu memerlukan kefahaman tentang peraturan, konteks, dan struktur sintetiknya. Setiap bentuk itu ada pula had-had keupayaannya dan keistimewaannya yang tidak terdapat pada bentuk-bentuk lain. Setengah makna lebih berkesan jikalau dipaparkan menerusi imej-imej visual, manakala yang lain sesuai melalui kata-kata, muzik atau pergerakan. Literasi artistik adalah alat yang kita gunakan bagi memahami makna sesuatu kerja seniman. Hasil seni itu penuh dengan kehebatannya. Mereka mencambahkan perasaan sensitif supaya kehalusan itu ditimbulkan dan yang terselindung juga dikira. Dalam perkataan, seni boleh membantu kita untuk menjelaskan apa yang tidak boleh diterangkan dengan perkataan. Perlu dijelaskan kepada pelajar bentuk-bentuk seni juga adalah merupakan sumber pendidikan. Inilah dua sumbangan seni dalam membantu pembangunan dan pengalaman manusia.

Sebahgai penutupnya, tanpa struktur dalam kurikulum kita, kita tidak akan dapat membina automaticity , tanpa automatiocity pula kita tidak akan dapat membina internalisasi. Tanpa internalisasi pula kita tidak akan dapat menikmati sesuatu keistimewaaan yang boleh diberikan oleh pelajaran pendidikan seni. Yang kita bimbangkan adalah perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni yang tidak berstruktur. Perancangan yang menjemukan yang tidak mempunyai roh atau berilmu pengetahuan yang boleh mencabar minda dan imaginasi pelajar. Banyak pendekatan yang boleh diaplikasi dalam perancangan dan pengajaran mata pelajaran ini salah satu yang dikenalpasti berkesan untuk membina konsep sepadu dan juga mempunyai ciri-ciri konstruktif adalah menggunakan pendekatan pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE) yang jelas mempunyai struktur yang kukuh dan sesuai dengan matlamat pendidikan seni itu juga selari dengan matlamat pendidikan kebangsaan. Ciri-ciri yang diperlukan oleh pelajaran pendidikan seni semuanya jelas berstruktur mencakupi keistimewaan mata pelajaran itu. Tanpa keupayaan merealisasi keistimewaan seni dalam kurikulum bermakna pelajaran itu bukanlah pelajaran seni. Manakala perancangan pelajaran yang tidak berstruktur tidak ada jalan keluar untuk mencapai matlamat.

Monday, 16 March 2015

Pendidikan Seni Di Malaysia Antara Harapan Dan Realiti

Oleh:
Prof. Madya Hj. Iberahim
Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan Seni pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan bertukar semula namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini.

Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat dalam pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu dijelaskan.

Pendidikan Seni Visual- Seni Halus – Seni Kraf : Kecelaruan Konsep

“Art Education” kini kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian saya masih terdapat berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila disebut pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa dengan pendidikan seni visual ? Ada setengah pihak pula beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Ada yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni .

Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan keparcayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali.

Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah jelas pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik darjah atau ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses p&p Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang membahaskan bahawa semua teori-teori dan program pendidikan mesti berfokus kepada tiga komponen tersebut.

Subjek

Pelajar Masyarakat

Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:
• Siapa yang kita ajar
• Mengapa kita mengajar
• Apa yang kita ajar
(Laura Chapman 1978)

Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long education).

Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar kehidupan masa hadapannya lebih sempurna.

Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiran psikomotor mereka.

Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik darjah :
Beberapa unsur terlibat dalam proses ini , pertamanya sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan “selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, “buat sahaja perancangan pelajaran tahun lalu” atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru mengatasi masalah “kekurangan”

Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran pendidikan seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa.

Konsep DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan berkesan . Kandungan sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan kepada memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja.

Seharusnya pelajar didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara tidak langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui. Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula.

Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah :

• peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
• peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
• peningkatan ilmu dalam estetika dan laras bahasa seni (mengenal gubahan yang baik)
• peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni
• pengamatan terhadap sesuatu gubahan dalam ruang dua dimensi semakin berkembang
• pelajar lebih berasa yakin terhadap kebolehannya, kerana guru telah merancang pelajaran dengan memfokuskan kepada prosidur (Lansing 1971, Efland 1977)

Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi Pengajian Tinggi:
Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni, pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah mereka akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan matlamat dan objektif latihan masing-masing. Latar belakang pengalaman graduan itu bergantung kepada bidang kepakaran (pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan selama setahun atau seumpamanya.

Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini yang berlaku maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.

Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan. Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah ?

“Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni”, Pendidikan Seni “pelajaran yang tidak ada potensi”
Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni adalah tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru “berehat” setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang “lebih berat”. Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang lebih “glamour”.

Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru pendidikan seni yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar-pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk berseronok kosong, hambar, kosong, “masa rehat” , dan tiada nilai masa depan serta tiada yang baru, belajar dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon pelajar terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan Batang Padang)

Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada pelajarnya bahawa pelajaran ini “berbaloi untuk belajar” Pelajaran perlulah memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguh-sungguh.

Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran yang lain bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu.

Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam berbahasa samaada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam matematik mampu menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan teknikal pula mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau menceburi di bidang pekerjaan.

Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara dengan kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa puas tentang tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan ukuran.

Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM, PPK telah berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara dengan kedudukannya, walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama.

Ketiga, sudah sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah.
Keempatnya sebagai mata pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau matapelajaran Sains.
Kelima: Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ? seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor ?

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni:

Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni ? Adakah kita henya menggunakan pendekatan p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah menggunakan:

Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni:

Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni.

Pendekatan Behaviorisme

Ahli behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar boleh dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran.

Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni.

Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang relevan untuk Pendidikan Seni ? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni ? Sampai ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah yang digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa yang akan diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk?

Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni.

Merujuk kepada objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau rendah, salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan persepsi pelajar. Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam persekitrannya.

Proses pengamatan melibatkan seseorang itu membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes .
Dalam kurikulum Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya dilaksanakan mulai dari awal persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Program-program perlu disediakan sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar.

Pendekatan Perkembangan Menyeluruh

Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah;

Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan.

Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik.

Domain Psikomotor: iaitu menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental.

Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang kurang berbakat atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni.

Kesimpulannya:

Banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang berkait dengan pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan Negara kita.

Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama membuat renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan harapan itu.

Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan itu dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya.
Sekian.


Rujukan:
Abelson, R.P. & Rosenberg, M.J. (1958). Symbolic Psychology A Model of Attitudinal
Cognition. Behavior Science.

Al Hurwitz , Day, Michael (1996). Children and Their Art, (Sixth Ed.) New York: Havcourt Brace College Pub

Arnhem. R. (1974) Art and Visual perception. L.A. University of California Press.

Chapman, Laura H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Havcourt Brace Jovanovich Inc.

Day. D. Micheal (1998 ). Art Education: Essential for a balanced education , Arts Education Bulletin, April 1998

Day. D. Micheal , E-mail: mday@burgoyne.com

Degge, M. Rogena, E-mail : redgge@aaa.uoregon.edu

Dewey, John (1934). Art As Experience. New York: Minton Balco and Company.

Eisner,E.W. (1972)Educating artistic vision. NY. Macmillan

Efland,Arthur (1977). Planning Art Education. Middle/Secondary School Of Ohio: State of Ohio Dept. of Education.

Feldman, Edmund 1997, Art Its Image and Idea. New York. Prentice Hall.

_______________ 1997, Beaming Human Throung Art. New York.Prentice Hall.

Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan, Suatu Kajian Psikologi dan
Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Langsing, Kennet M. (1971). Art, Artists and Art Education. New York: Mc Grraw-Hill Book Company.

Laniear, Vincent (1975). Objektives of Art Education. The Impact of Trans: Peabody
Jurnal of Education.

Lowenfeld, Victor and Brittain W. Lambert (1970). Creative and Mental Growth. 5 th.
ed. New York: Macmillan Company.

Mc Fee, June King (1972). Preparation For Art. San Francisco: Wadswath Publishing
Company, Incorperation.

Raja Zalabuddin Raja Yaakub (1985). Bukankah Seni Untuk Masyarakat. Dewan
Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainon Ismail (1989). Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edmund Burke Feldman(1996). Philosophy of Art Education. Prentice Hall, New Jersey

Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) ‘ Discipline-based art education : becoming students of art’. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

htpp://www., artsdnet@getty.edu© 1999 J. Paul Getty Trust.