Friday, 10 April 2015

Datu Nazib Juara Inovasi Kategori Individu

7 Mac 2015 - Bagi merancakkan anjakan pradigma tentang mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, satu pertandingan inovasi pensyarah dan pelajar telah diadakan di peringkat IPG Kampus Keningau seterusnya diadakan anugerah inovasi kepada peserta. Jabatan Seni Visual dan Muzik telah menghantar wakil seorang siswa ke pertandingan ini bagi menyahut cabaran dan membudayakan inovasi dalam kalangan siswa siswi. Beliau ialah Datu Nazib bin Datu Kassim, siswa daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Seni Visual semester 7. Dalam pertandingan tersebut, beliau telah mengondol kejuaraan utama kategori Inovasi Individu melalui hasil inovasi beliau yang dinamakan "D Dinamik" seterusnya melayakkannya mewakili IPG Kampus Keningau ke pertandingan Inovasi peringkat Zon Sabah. Jabatan Seni Visual dan Muzik serta seluruh warga IPG Kampus Keningau merakam tahniah atas kejayaan beliau ini. Berikut ialah gambar-gambar sewaktu anugerah inovasi berlangsung.




Disediakan Oleh:
Jabatan Seni Visual dan Muzik
IPG Kampus Keningau
Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan