Thursday 12 March 2015

Majlis Perpisahan En. Mohd. Rusli Ismail

Gambar 1: En. Mohd. Rusli menyampaikan ucapan di hadapan 
staf akademik dan staf pentadbiran Institut Pendidikan Guru
Kampus Keningau (IPGK Keningau) sempena Majlis Perpisahan 
beliau yang akan bertukar tempat bertugas. Antara intipati ucapan
beliau ialah menyentuh tentang sejarah perkhidmatannya di IPGK
Keningau dan keunikan yang terdapat dalam masyarakat
negeri sabah khususnya di daerah Keningau. Selamat
berpisah di mata En. Mohd. Rusli tetapi di hati tidak.

Gambar 2: Pengarah IPGK Keningau, Puan Rujinah Miki sedang
menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan En. Mohd. Rosli.
Antara isi kandungan ucapan beliau ialah menggucapkan selamat
 bertugas di tempat baru kepada En. Mohd. Rusli dan
berbanyak-banyak terima kasih kerana telah sudi menabur
bakti di IPGK Keningau terutama di bawah pentadbiran beliau.
Seterusnya, Pengarah mewakili seluruh warga IPGK Keningau
memohon maaf  setulus hati andai kata ada salah dan
silap samada disedari atau tidak di sepanjang 
En. Mohd. Rusli berkhidmat di IPGK Keningau.

Disediakan Oleh:
Jabatan Seni Visual dan Muzik
IPG Kampus Keningau
Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan
Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.