Tuesday 10 March 2015

First Impression Poster Colour On Canvas

“First Impression Poster Colour  On Canvas” begitulah tema yang diberikan kepada aktiviti catan oleh bakal calon-calon siswazah Institut Pendidikan Guru  Kampus Keningau (IPGK Keningau). Tema ini dipilih kerana, inilah kali pertama para pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Seni Visual (PPISMP PSV) mencatan di atas kanvas menggunakan media basah warna poster. Sebelum ini mereka telah pun sedikit sebanyak didedahkan warna poster sewaktu di bangku sekolah tetapi dalam ruang lingkup yang terhad dan terbatas di atas kertas lukisan. Sementara itu menyentuh tentang hal benda, para pelajar telah mengunakan benda-benda yang ada di dalam persekitaran rumah mereka sendiri sebagai subjek matter ke dalam pengkaryaan mereka. Seterusnya benda-benda yang telah dipilih itu telah melalui proses artistik visual seperti yang ditunjukkan ke dalam folio lakaran kreatif setiap pelajar. Berikutnya, paparan visual photografi yang dirakam sewaktu para pelajar giat mencatan dalam studio seni visual IPGK Keningau.

Gambar 1: Hal benda tentang alatan yang terdapat dalam
persekitaran rumah para pelajar telah mencabar keupayaan
daya artistik dan estetik mereka apabila gaya lukisan yang
diketengah daripada gaya aliran realistik.

Gambar 2: Dalam proses menyiapkan karya sulung para pelajar
mempelbagaikan posisi dan kedudukan kanvas bagi
menyesuaikan kehalusan psikomotor dengan gerakan berus
warna.


Disediakan Oleh:
Jabatan Seni Visual dan Muzik
IPG Kampus Keningau
Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.