Sekolah, sebagai sebuah institusi pendidikan yang bersifat dinamik, berhadapan dengan pelbagai masalah dan konflik. Konflik mudah berlaku dalam organisasi sekolah dan terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu dari perkara-perkara yang remeh hinggalah kepada perkara yang lebih kompleks. Konflik di dalam sesebuah organisasi boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi kesan terhadap pencapaian misi dan objektif sesebuah organisasi. Di Malaysia, dianggarkan lebih kurang 1 ½ jam dari 8 jam masa bekerja sehari ditumpukan bagi menghadapi dan menyelesaikan konflik (Jaafar 2001). Manakala, di Amerika Syarikat, kajian Thomas dan Schmidt (1976) menjelaskan bahawa seorang pengurus menumpukan kira-kira 20% dari masa kerjanya bagi menyelesaikan konflik.
Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan. Pelajar merokok, melawan, kurang ajar, ponteng dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar maupun sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh.
Setiap manusia berkomunikasi dan menjalinkan interaksi dengan persekitaran dan manusia lain. Justeru itu, konflik telah menjadi satu fenomena yang lumrah, iaitu asam garam kehidupan manusia sehingga sukar dielakkan lagi. Menurut Amstrong dan Page(1994), sesebuah organisasi itu tidak boleh lari daripada berhadapan dengan konflik, kerana objektif, nilai dan keperluan kumpulan atau individu dalam organisasi tidak selalunya sama.
2.0 Konflik
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah:
Berdasarkan kepada peranan guru di sekolah yang dicatatkan di atas, membuktikan guru tidak boleh lari daripada menghadapi konflik terutama konflik dengan pelajar dan antara guru dengan guru. Apabila wujudnya konflik, guru perlu bijak mengatasinya agar pihak yang terlibat dalam konflik berkenaan dapat diselasaikan dengan baik. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah tidak adanya keselarasan dalam mendefinisikan konflik secara khusus (Thomas 1976). Simmel (1955) berpendapat konflik adalah the central form of interaction, kerana menurutnya interaksi adalah hubungan dan konflik juga adalah hubungan. Kolbo dan Putnam (1992) pula berpendapat bahawa konflik wujud apabila berlaku perbezaan pandangan yang menimbulkan emosi atau perasaan yang tidak menyenangkan. Konflik juga boleh wujud dalam keadaan apabila berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak selaras atau tidak sesuai (Deutsh 1973); tidak ada kesesuaian tingkah laku di kalangan pihak yang berbeza-beza kepentingan (Brown, 1983); apabila satu pihak bertindak balas hasil yang negatif dari tindakan pihak yang satu lagi (Ack Off 1978 & Van de Villert 1984). Konflik juga dilihat sebagai sesuatu yang berkaitan dengan perbezaan persepsi seseorang (Robbins 1984 & Van de Villert 1984).
Umumnya fenomena konflik boleh dilihat dari pelbagai sudut. Satu daripadanya ialah konflik diri (intrapersonal), disebabkan masalah psikologi seperti rasa takut, malu, bersalah, kecelaruan personaliti dan kegelisahan yang berlaku dalam diri seseorang individu serta konflik antara individu (interpersonal), iaitu konflik antara manusia dengan manusia dan persekitarannya dengan merujuk kepada proses sosialisasi. Menurut Owens (1991) konflik antara individu boleh berlaku dalam organisasi atau antara organisasi. Nan Lin (1973) pula melihat konflik antara individu sebagai ketidakseimbangan antara sekurang-kurangnya dua individu atau kumpulan, atau antara individu dengan persekitarannya. Konflik ini boleh berlaku dalam bentuk fizikal atau psikologikal, seperti antara pekerja dengan pekerja, pekerja dengan majikan dan kesatuan pekerja dengan pihak pengurusan.
Konflik juga merupakan perselisihan atau pertentangan yang berlaku antara individu dengan dirinya sendiri atau antara individu dengan individu lain, dan sebagainya.Konflik berlaku disebabkan perbezaan idea, kepentingan, dan prinsip. Namun apa yang penting, konflik memerlukan penyelesaian.
Dalam sebuah sekolah guru perlu dapat menguruskan dan menyelasaikan setiap konflik yang wujud dalam persekitaran yang melibatkan guru dengan murid, guru dengan guru atau pun guru dengan pentadbir atau pengurus sekolah (guru besar). Penyelesaian konflik ialah cara atau usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu konflik atau masalah. Penyelesaian konflik perlu dilakukan dengan pertimbangan yang wajar dan positif supaya konflik dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan membawa kebaikan kepada pihak yang berkonflik.
Salah satu teknik penyelesaian konflik yang boleh diaplikasikan oleh guru di sekolah ialah menggunakan teknik awan. Teknik awan ialah teknik berfikir tentang sesuatu situasi yang mempunyai kehendak yang bertentangan dan diselesaikan dengan cara penyelesaian win-win atau menang-menang. Maksud Penyelesaian win-win ialah satu situasi yang terdapat dua pihak yang menyelesaikan sesuatu konflik secara koperatif. Penyelasaikan secara koperatif ini biasanya membuahkan hasil yang baik kerana pihak yang berkonflik bekerjasama untuk menyelasaikan masalah berkaitan dengan keadaan yang terbuka dan hasilnya kedua belah pihak yang berkonflik akan berpuas hati dengan cara yang dilaksanakan.
Selain daripada itu juga guru boleh menyelesaikan konflik dengan cara mengenal pasti punca berlakunya konflik. Apabila punca masalah telah diketahui, maka adalah lebih mudah untuk menyelesaikan konflik tersebut. Sebagai contoh seorang guru tidak berpuas hati dengan amalan atau perlakuan yang ditunjukkan oleh seorang guru yang lain sehingga kedua belah pihak mempunyai hubungan yang negatif iaitu tidak memberikan kerjasama antara satu sama lain. Maka untuk penyelasainya guru perlu mencari punca wujudnya konflik ini. Punca kewujudan konflik ini ialah tentang tingkah laku yang tidak menepati cita rasa guru itu, maka apa yang perlu diperbetulkan ialah dengan memperbaiki tingkahlaku yang menjadi punca timbulnya konflik, dengan itu konflik ini akan dapat di atasi.
Berkolaborasi juga merupakan satu cara yang berkesan untuk mengatasi konflik yang berlaku di kalangan individu atau kolompok yang terlibat dalam konflik tertentu. Melalui berkolaborasi antara pihak yang berkenaan memungkinkan suasana yang tegang dapat diselasaikan dengan keadaan harmoni kerana masing-masing berpeluang meluahkan perasaan dan isi hati serta dapat menyumbang idea atau cadangan bersama yang dipersetujui untuk meleraikan pertelingkahan secara terbuka.
Guru juga merupakan orang yang penting dalam pembentukan diri seseorang pelajar kerana mereka menghabiskan sebahagian besar masa di sekolah. Seorang kanak-kanak berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun iaitu di peringkat prasekolah sehingga peringkat remaja. Guru akan memuji, menegur, menguji dan menengking mereka semasa menjalankan tugas. Segala gerak laku dan perbuatan guru yang disenangi atau sebaliknya akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar.
Oleh itu, segala tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan sahsiah pelajar. Contohnya cara guru berpakaian, gaya berjalan, cara pertuturan dan lain-lain penampilan diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru yang menjadi idola kepada pelajarnya. Oleh itu, guru seharusnya mempunyai personaliti baik serta perwatakan bersih supaya dapat melahirkan generasi yang berakhlak.
Guru yang mengamalkan tingkah laku yang beradab akan lebih disukai oleh pelajar . Cara hidup yang beragama, bermoral dan berdisiplin dapat membimbing pelajar menjadi seorang insan yang baik . Transformasi pendidikan mementingkan agama, pendidikan moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum . Oleh itu, guru harus menunjukkan ciri-ciri teladan kepada para pelajar. Guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik dan terpuji setiap waktu dapat mengatasi masalah tingkah laku pelajar dengan mudah. Guru akan suka bergaul mesra dengan pelajar, cuba memahami perasaan dan kehendak mereka serta membimbing mereka menjadi orang yang baik.
Kepimpinan murid diterapkan sejak peringkat persekolahan. Seseorang guru perlu memiliki sifat-sifat yang mulia dalam diri mereka seperti peramah, mesra, penyayang, bertimbang rasa, kemas dan suka buat lawak akan lebih suka didampingi oleh pelajar. Guru yang menepati masa menghadiri kelas, ikhlas dan sabar semasa menyampaikan pengajaran, tertib dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas, yakin pada diri akan diminati dan disukai oleh pelajar. Ini akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan kerana pelajar akan berminat dan menumpukan perhatian dalam bilik darjah sekaligus dapat mengawal timbulnya konflik antara guru dan murid.
Untuk mengelakkan berlakunya konflik, guru sebagai pemimpin murid yang mengamalkan sifat kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan kepada murid-murid dalam bilik darjah. Suasana sosioemosi dapat dipertingkatkan. Perhubungan di antara guru dan murid akan lebih mesra. Murid-murid tidak taku bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Di bawah situasi ini, keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan dan semangat kerjasama dan sikap toleransi dapat di pupuk dengan baik.
Kita percaya seandainya beberapa strategi penyelasaian konflik yang dikemukakan di atas dapat diamalkan oleh guru di sekolah dalam menguruskan konflik sudah tentulah suasana kondusif persekitaran dalam organisasi sekolah itu dapat diwujudkan. Guru perlu sentiasa membudayakan diri dengan amalan hormati-menghormati, saling bekerjasama, bertolak ansur, sifat penyayang, berkeyakinan dan sentiasa bersifat terbuka dalam banyak perkara.
3.0 Guru besar/Pengetua
Peranan pengetua/guru besar semakin hari semakin mencabar sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan dalam arus pemodenan ini. Pengetua/guru besar adalah pemimpin di sesebuah sekolah dan memikul tanggungjawab yang amat penting dalam sistem sekolah. Malah kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah selalu dikaitkan dengan kepimpinan seseorang guru besar/pengetua. Hal ini menjadi satu cabaran kepada mereka. Bidang kepimpinan guru besar/pengetua yang sungguh luas ini menuntut mereka untuk sentiasa mempertingkatkan tahap kepimpinan mereka agar segala tindakan yang dilakukan dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebagai pemimpin, guru besar/pengetua menjadi individu paling penting dan berpengaruh di dalam sesebuah sekolah. Beliau ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Beliau juga ialah pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pengurus dan pentadbir yang berkurung di biliknya mengeluarkan arahan dan surat-surat siaran (Hussein, 1993).
Daripada kenyataan di atas, pengetua dilihat menjalankan pelbagai tugas. Tugasnya berkaitan dengan aspek pentadbiran, pengurusan, penyeliaan, kepimpinan, pendidikan dan sebagainya yang berkaitan dengan perjalanan organisasi sekolah sebagai satu institusi pendidikan yang formal. Oleh itu, guru besar/pengetua memainkan pelbagai peranan iaitu sebagai pentadbir, pengurus, pemimpin, pendidik guru dan pelbagai lagi. Manakala tugas guru besar/pengetua menurut Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan dalam Panduan Tugas Staf Sekolah Menengah (1996) meliputi tujuh bidang utama iaitu :
i. Pengurusan kegiatan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar.
ii. Pengurusan sekolah (pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan).
iii. Penyediaan kemudahan pengajaran-pembelajaran.
iv. Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
v. Kemajuan sekolah.
vi. Pengajaran.
vii. Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan.
Untuk melaksanakan peranan dalam kepimpinan pengajaran ini, guru besar/pengetua perlu memimpin individu dan kumpulan sama ada di dalam sekolah atau di luar sekolah. Sebagai pemimpin pengajaran, guru besar/pengetua harus boleh bekerja dengan stafnya khasnya guru-guru dan orang lain. Beliau mesti berupaya mewujudkan semangat kerja sepasukan yang menggalakkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kuat di sekolah. Tahap kepimpinan pengajaran yang ditampilkan menjadi kayu ukur kepada pencapaian sekolah dalam bidang akademik. Justeru, guru besar/pengetua yang mengamalkan kepimpinan pengajaran yang berkesan akan mencetuskan sesuatu yang positif dalam diri guru-guru dan begitu juga sebaliknya. Sekolah sebagai satu sistem sosial terbuka dan juga satu entiti dipertanggungjawabkan. Hal ini semua bertitik tolak daripada bagaimana guru besar/pengetua melaksanakan dan mencapai tahap kepimpinan pengajaran yang mampu menjadi medium utama bagi memastikan setiap pelajar boleh belajar dan berjaya. Jesteru itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Misi Pendidikan negara akan tercapai dengan jayanya.
Walaupun tugas seorang guru besar atau pengetua begitu banyak sekali namun mereka tidak boleh lari daripada memastikan persekitaran organisasi berada dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Seorang guru besar atau pengetua perlu bijak mewujudkan budaya yang boleh mengelakkan wujudnya konflik di kalangan dia dan guru-guru. Oleh itu gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar/pengetua memainkan peranan yang penting untuik mengelakkan wujudnya suasana yang boleh menimbulkan konflik.
Pada lazimnya pelbagai gaya kepimpinan yang diamalkan gurus besar di sekolah. Gaya kepimpinan yang diamalkan ini dapat mempengaruhi iklim persekolahan. Antara kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar adalah seperti kepimpinan autokratik, kepimpinan demokratik dan kepimpinan laissez-faire.
Kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh guru besar di sekolah untuk menangani konflik ialah kepimpinan demokritik. Kepimpinan ini mengamalkan berkongsi kuasa di antara setiap anggota dalam organisasi. Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan ini akan sedia berkongsi kuasa dengan guru-gurunya dalam pengurusan sekolah. Setiap aktiviti pendidikan yang dilaksanakan dalam sekolah adalah hasil perbincangan di antara guru besar atau pengetua dengan guru-gurunya. Guru-guru adalah sentiasa digalakkan mengemukakan pendapat mereka tentang pengurusan sekolah serta memberi cadangan untuk mengurangkan konflik yang berlaku di antara pihak sekolah dengan guru-guru, dan di antara pihak sekolah dengan murid-muridnya.
Di bawah kepimpinan guru besar atau pengetua yang bercorak demokratik, suasana sosioemosi iklim persekolahan yang kondusif akan dipertingkatkan. Sememangnya kerjasama di antara pihak pentadbiran sekolah dengan guru-guru dapat dipereratkan. Sikap toleransi dan timbang rasa pula dapat dipupuk dengan baik, dan perasaan kekitaan dapat diwujudkan di kalangan anggota sekolah. Kalau keadaan ini dapat diwujudkan oleh seorang guru besar/pengetua sekolah sudah pasti konflik akan dapat dielakkan atau dikurangkan.
4.0 Kesimpulan
Kewujudan konflik di sekolah memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Konflik-konflik yang wujud dalam sesebuah organisasi seperti sekolah menimbulkan pelbagai akibat kepada sesebuah organisasi. Oleh itu, amat perlu sesebuah organisasi seperti itu mencari jalan untuk mengurangkan konflik dalam kerja sebelum mengganggu ketenteraman dan produktivitinya (Sabitha dan Mahmood Nazar, 1995). Penyelesaian konflik memerlukan cara tertentu daripada pihak yang menghadapi konflik dalam sesuatu organisasi. Dalam hal ini,memandangkan konflik yang dialami oleh para guru besar dan guru serta muridnya di organisasi sekolah yang pelbagai, maka cara pengurusannya juga dalam konteks yang berbeza-beza. Berdasarkan kepada perbincangan di atas berkaitan dengan cara menanganai konflik yang wujud di sekolah maka kita percaya sesuatu konflik yang wujud itu akan dapat diselasaikan atau dileraikan oleh guru besar/pengetua dan guru dengan baik dan berkesan.
Oleh:
Amjah bin Yunus
Ketua Jabatan Seni Visual & Muzik
Jabatan Seni Visual & Muzik
IPG Kampus Keningau.
Rujukan:

- Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.
- Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
- Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan sebagainya.
- Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.
- Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.
- Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.

Mok Soon Sang (1998). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur.
Amstrong, M and Murlis H (1994). Reward Managment. London Kagen Page.
Jaafar Muhammad. 2001. Kelakuan organisasi (Edisi ke 4). Kuala Lumpur: Leeds Publications.
Dr Mohammed Sani Ibrahim. Pengurusan Konflik Guru-Guru Besar dan Guru-Guru di Sekolah Rendah. UKM.
Lokman Mohd Tahir dan Normah. Gaya Pengurusan Konflik Guru Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru. UTM

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.