Friday 13 March 2015

Pameran Catan First Impression Poster Colour on Canvas

15 Oktober 2014: Pameran berlangsung di ruang hadapan Bangunan Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau bersempena dengan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa peringkat Negeri Sabah yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman. Sehubungan itu, wakil kepada Ketua Menteri Sabah telah meluangkan masa melawat ke tempat pameran dengan diiringi oleh Pengarah IPG Kampus Keningau Puan Rujina Miki. Pada masa yang sama, para pelajar dari sekitar pekan keningau seperti SMK Keningau dan SM St. Francis Xavier telah datang melawat ke pameran tersebut dengan diiringi oleh guru seni sekolah masing-masing. Diucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar PPISMP PSV ambilan Jun 2014 kerana telah berjaya mengelola pameran dengan cemerlang.








Disediakan Oleh:
Jabatan Seni Visual dan Muzik
IPG Kampus Keningau
Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.