Sunday 15 March 2015

Lawatan Ke Balai Seni Lukis Sabah

30 Oktober 2014: Lawatan  pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Seni Visual (PPISMP PSV) Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau (IPGK Keningau) ke Balai Seni Lukis Sabah melibatkan seramai 19 orang pelajar dengan penuh semangat muhibbah.



Lawatan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang asas lukisan dan catan seperti yang termaktub dalam performa kursus semester satu PPISMP PSV. 



Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti telah diadakan sewaktu lawatan ini berlangsung agar tidak menjadi sia-sia seperti aktiviti meneroka pengelohan warna, mengamati reka letak dan ruang serta membuat imitasi dalam bentuk lakaran.




Para pelajar PPISMP PSV rasa bertuah sekali kerana sewaktu lawatan ini diadakan, Balai Seni Lukis Sabah sedang dalam mempamerkan hasil-hasil karya koleksi pilihan petronas daripada pelukis-pelukis tersohor tanah air seperti Chua Teng Teng, Latif Mohiddin, Abdullah Arif, Mad Anuar Ismail, Tay Mo Leong dan ramai Lagi. Disamping itu hasil-hasil karya daripada pelukis-pelukis anak kelahiran sabah turut dipamerkan di dalam galeri khas tingkat satu. 


Semoga lawatan yang penuh makna ini telah mencapai tujuan dan matlamatnya dan lawatan seperti ini tidak berakhir dengan lawatan ini sahaja tetapi lebih lagi di masa-masa akan datang agar para pelajar mendapat pendedahan yang maksima dalam ilmu seni visual apabila menamatkan pengajian di IPG Kampus Keningau.

Disediakan Oleh:
Jabatan Seni Visual dan Muzik
IPG Kampus Keningau
Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.