Penggunaan sumber pembelajaran semestinya dapat membantu pelajar dan bukan untuk keperluan guru mengajar sahaja. Dalam erti kata lain, penggunaan sumber pembelajaran adalah difokuskan kepada pelajar yang bertujuan memudahkan aktiviti pembelajaran dan mencapai tahap kefahaman yang tinggi dalam sesi pembelajaran.
Penggunaan sumber pembelajaran memudahkan pelajar membentuk konsep yang betul dan menerima pelajaran dengan cepat. Matlamat penting dalam penggunaan sumber pembelajaran ialah untuk membantu pelajar menajamkan deria mereka yang mebolehkan pencapaian pembelajaran secara berkesan. Dalam setiap pengajaran, pelbagai penggunaan sumber pengajaran boleh digunakan dan ia dijangka dapat mempertingkatkan daya penghayatan dan ingatan secara berkesan. Pelajar dapat mendalami bahan-bahan yang tersurat dan tersirat, dan dapat menanamkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
Klasifikasi Sumber Pembelajaran
Setelah melihat definisi dan kepentingannya, sumber pembelajaran itu dapat dikelaskan kepada empat jenis iaitu:
- Sumber asas seperti papan tulis, buku teks, buku kerja dan guru sendiri sebagai model.
- Sumber bukan elektronik seperti objek, buku, papan flanel model, patung, gambar, lukisan, carta gambar rajah, graf, poster, glob, kartun.
- Sumber elektronik seperti filem jalur dan slaid, radio, televisyen, perakam pita, vedio, projector overhead makmal bahasa, gramator, alat pemain piring hitam dan pembesar suara.
- Sumber yang bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan bahan dari alam sekitar.
Prinsip Umum yang menentukan Penggunaan Sumber Visual yang berkesan
Berikut adalah prinsip yang membolehkan guru menggunakan sumber visual dengan seimbang dan berkesan.
- Penggunaan sebarang jenis sumber visual seharusnya dapat menjelaskan maksud yang hendak disampaikan.
- Alat visual seharusnya digunakan untuk mempamerkan imej, objek tempat manusia dan apa sahaja yang berkaitan dengan tajuk atau masalah yang dipelajari. Ini bertujuan supaya segala yang dapat dilihat boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar.
- Sumber visual seharusnya tidak digunakan apabila pelajar mempunyai latar belakang pengalaman yang cukup untuk menginterpretasi dan mengimaginasi sesuatu yang berkaitan dengan pembelajaran.
- Sumber visual seharusnya digunakan apabila memerlukan rangsangan untuk menarik minat dan tumpuan pelajar. Dalam sesetengah kes, terdapat sedikit sahaja sumber yang baik daripada sumber yang banyak itu. Ini bermakna penggunaan sumber ini adalah untuk menarik perhatian yang spontan dan minat di samping pelajar dapat memberi tumpuan terhadap pembelajaran.
- Sumber visual bertujuan untuk rnengisahkan dan mendapatkan pandangan tentang perkara yang berkaitan yang telah dipelajari. Jenis sumber sepatutnya bersesuaian dan diubahsuai untuk sesuatu jenis aktiviti yang dilakukan.
- Ia sangat sesuai untuk mengajar pelajar cara menggunakan sesuatu jenis alat ilustrasi. Mereka sepatutnya tahu untuk melihat apa dan bagaimana untuk menginterpretasikan benda tersebut. Lazimnya bahan seperti carta, peta gambar rajah, graf yang terdapat dalam buk teks memerlukan pelajar mentafsir apa yang telah dilihat dan difahami.
- Sesetengah jenis perlalatan visual patut disediakan terlebih dahulu untuk mengelakkan pembaziran masa dalam kelas.
- Penggunaan sesetengah jenis peralatan visual seharusnya disemak untuk memastikan sama ada sesuai digunakan untuk pembelajaran. Bagi seseorang guru, sepatutnya mereka tidak megambil sikap ambil mudah bahawa pelajarnya akan memahami apa yang ditayangkan pada kali pertama. Maklum balas mesti diperolehi untuk memastikan pelajar memahami maksud yang dilihatnya.
- Pelajar sepatutnya digalakkan menggunakan alat visual dalam proses pembelajaran dan juga aktiviti dalam kelas, termasuk apa yang telah dibincangkan di atas. Semua sumber pembelajaran yang telah dikumpulkan itu akan dapat memberi kefahaman dan daya fikir seseorangt pelajar.
Tujuan
Seseorang guru seharusnya mempunyai objektif yang jelas dan memikirkan bila penggunaan sumber itu sesuai digunakan . Sumber pembelajaran mestilah yang menarik dan jelas untuk menimbulkan minat pelajar.
Kesesuaian
a. Masa
Sumber seharusnya diperkenalkan pada masa yang difikirkakn akan memberi kesan ke atas pembelajaran pelajar.
b. Tempat
Sumber yang akan digunakan itu seharusnya bersesuaian dengan tempat dan aktiviti pembelajaran dijalankan.
c. Kesukaran Pengendalian
Ini merujuk kepada guru dan pelajar. Pelajar mempunyai berbagai-bagai peringkat Kemahiran. Oleh itu, penggunaan sumber yang komplikated dan kecil tidak sesuai digunakan. Manakala seseorang guru yang kurang mahir dalam penggunaan bahan sumber ini akan membazirkan masa dan pengajaran akan menjadi tidak berkesan. Misalnya Projektor Overhead.
d. Jumlah
Ini bermakna jumlah bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan jumlah pelajar, dan bilangannya juga sesuai dengan masa aktiviti yang digunakan dalam aktiviti.
e. Tahap dan Fungsi Pengetahuan Lepas
Ini merujuk kepada pengetahuan lepas pelajar yang boleh dipindahkan dalam penggunaan sepenuhnya sumber yang digunakan itu. Ini boleh digunakan pada semua peringkat umur dan tahap pendidikan, contohnya buku sangat bermanafaat jika pelajar boleh membacanya.
f. Saiz
Saiz sumber itu mestilah sesuai dengan saiz kelas
g. Penjagaan
Bahan/sumber mestilah dijaga dengan sempurna supaya dapat digunakan secara berterusan. Bilik khas perlulah diadakan dengan dikelolakan oleh guru yang bertanggungjawab.
Kemudahan Memperoleh
Sumber yang digunakan di sekolah mestilah bahan yang senang diperoleh. Setengah-setengah sekolah tidak mempunyai kemudahan seperti televisyen, projector overhead, atau radio. Oleh itu, sumber yang bersesuaian dan senang diperoleh boleh digunakan, umpamanya keratan akhbar, bahan maujud dan lain-lain.
Kepentingan Sumber Pembelajaran
Penggunaan alat Bantu mengajar dapat mengawal serta mengatasi masalah seperti berikut:
- Masalah kekurangan tenaga pelajar
- Masalah kekurangan masa
- Masalah mengadakan pengajaran untuk kumpulan yang sangat besar.
- Ia merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat ini adalah satu factor yang penting dalam pembelajarana mereka.
- Ia menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemkiran. Oleh itu, mengurangkan pelbagai gerak balas lisan daripada pelajar.
- Ia membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar, dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
- Ia menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain. Oleh yang demikian ia menolong menjadikan pembelajaran pelajar lebih mendalam dan.
- Ia menolong dalam kefahaman dan oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
- Ia menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan yang demikian merangsangkan kegiatan.
- Ia mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan yang demikian menambahkan minat membaca.
- Memberi rangsangan
- Menjelaskan penerangan
- Menjimatkan masa
- Memepelbagaikan kegiatan
- Menyeronokan pelajar
Guru boleh menjimatkan masa dengan menggunakan alatan mengajar dengan dua cara. Cara yang pertama ialah berhubung dengan tujuan menjadikan penerangan lebih jelas. Dalam pengajaran, jika pelajar cepat memahami bahan yang diajarkan, sudah tentu ini akan menjimatkan masa dan penagajaran seterusnya boleh dijalankan. Cara yang kedua pula ialah masa dapat diselamatkan jika guru dapat menyediakan bahan pengajarannya terlebih dahulu. Guru tidaka perlu membuang masa menuliskan bahan pengajarannya di papan hitam. Bahan yang telah sedia tertulis di papan gulung, di kad manila, di kert as siklostil misalnya dapat menjimatkan masa guru.
Mempelbagaiakan Kegiatan
Pelajar-pelajar daripada pelbagai rangsangan ( daripada pelbagai pengalaman ). Semakin banyak kegiatan yang kita pelbagaikan untuk mereka, semakin mudahlah mereka mengikuti pelajaran. Dalam mengajarkan ceramah misalnya, guru boleh menggunakan pita rakaman untuk memperdengarkan kepada mereka. Pelajar pula diminta meneliti sebuatan, gaya, intonasi, atau suara dari ceramah tersebut. Kemudian mereka diberikan kertas edaran atau papan gulung yang mengandungi ceramah tersebut. Pelajar Kemudiannya diminta mengkaji pemilihan perkataan yang sesuai yang digunakan penggunaan ayat dan sebagainya. Alat Bantu mengajar dapat menolong guru mempelbagaikan kegiatan dalam pengajaran mereka. Ini menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Menyeronokan Pelajar.
Manusia umumnya memerlukan keragaman dalan kehidupan untuk memecahkan kebosanan. Alat Bantu mengajar yang digunkan adalah untuk menyokong kegiatan dalam kelas yang kita cuba pelbagaikan itu. Secara tidak lanagsung peranan sampingan alat Bantu mengajar berubah meojadi peranan utama dalam menyingkirkan kebosanan dan seterusnya memberikan keseronokan kepada pelajar dalam pembelajaran mereka.
Cara Menggunakan Sumber Pembelajaran
Penggunaan sumber pembelajaran mestilah bertepatan dengan situasi pembelajaran. Ini bertujuan untuk mengelakkan penggunaan sumber yang tidak bermakna dan berkesan. Semua sumber pembelajaran mestilah dirancang oleh seorang guru supaya objektif pengajaran mencapai matlamat yang diharapkan. Guru mesti membuat penyelesaian dengan setiap sumber yang hendak digunakan dengan kelas yang diajar. Untuk memenuhi keperluan pelajar, guru perlu mengkaji teknik dan cara yang sesuai menggunakan sumber tersebut. Ini dpat dilihat satu persatu yang boleh digunkan iaitu :
Sumber Papan Tulis
Penggunaan papan tulis yang baik akan menarik perhatian pelajar kerana teknik ini adalah satu kemudahan yang telah disediakan di dalam setiap kelas. Guru harus merancang dan bijak inenggunakan papan tulis agar kemas dan teratur supaya pelajar dapat melihat dan membaca apa yang tertera pada papan tulis
Penggunaan Papan Flanel
Sumber yang dipamerkan pada papan mestilah sesuatu yang ringan. Bahan yang boleh diperlihatkan itu seperti perkataan, simbol huruf atau gambarajah. Daripada sumber ini pelajar diminta membuat interpretasi dan huraian tentang apa yang dihhat. Biasanya papan flanel ini digunakan untuk mendapat maklum balas.
Penggunaan Objek, Spesimen, Dan Model
Semua bahan ini sangat berkesan dalam pengajaran kerana pelajar cuba mendapatkan kefahaman tentang bahan sebenar daripada sampel.
Penggunaan Gambar, Poster Dan Kartun
Sumber ini juga telah digunakan dalam pengajaran. Melalui bahan ini, pelajar boleh diminta uniuk menghasilkan kreativiti.
Penggunaan Sumber Melalui Lawatan Dan Kerja Lapangan
Kaedah ini membolehkan pelajar menghayati dunia luar atau persekitaran yang berkaitan dengan pembelajarannya di sekolah. Sekali-sekala pelajar perlu didedahkan dengan kegiatan seperti ini untuk membuka dan meluaskan pandangan mereka. Aktiviti ini biasanya mendapat respon pelajar tetapi terhad pada musim tertentu dan tidak semua pelajar boleh terlibat kerana keadaan tempat adalah terhad. Kaedah ini boleh digunakan sebagai sumber pembelajaran dengan meminta pelajar mencatatkan peristiwa yang berlaku, masa dan tempat yang dikunjungi.
Kesimpulan
Setelah dilihat secara mendalam setiap aspek yang berkaitan dengan pengurusan bahan pengajaran, dapatlah disimpulkan bahawa bahan-bahan pengajaran adalah sesuatu yang harus, berkaitan dengan kehidupan manusia. Kita akan dapat menikmati bahan-bahan tersebut melalui bahasa yang digunakan dan melalui pancaindera yang ada. Kita akan dapat menggarapkan segala isi dan cita rasa melaluinya dan menikmati, menghayati apa yang tersurat adan tersirat. Walaupun peralatan dianggap tidak penting bagi sesetengah pihak, tetapi sebagai seorang guru, ia harus dapat mempelbagaikan teknik dan kaedah penyampaiannya supaya mengajar menjadi sesuatu yang menarik dan seronok untuk diikuti.
Disediakan Oleh:
Jabatan Seni Visual dan Muzik
IPG Kampus Keningau
Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.