Hasil
karya pelajar bertajuk Flora merupakan capan alam semula jadi dengan objek tiga
tangkai rupa bunga menggunakan media cat poster di atas kertas lukisan bersaiz
28cmX37cm. Karya ini adalah hasil pelajar tingkatan satu. Lukisan menggambarkan gubahan rupa geometri segi tiga
dan rupa organik menjadi tiga tangkai bunga dengan kuntum-kuntum rupa bunga
sebagai hiasan tepi.
Karya capan bertajuk flora
ini menunjukkan pelajar menggambar dengan menggunakan rupa-rupa geometri dan
rupa organik di atas kertas lukisan. Rupa dihasilkan dengan menggunakan kentang
yang telah diukir bentuk geometri dan organik kemudian disapu dengan cat poster
seterusnya di cap pada permukaan kertas lukisan menghasilkan rupa positif. Pelajar
telah menghasilkan tiga gubahan rupa daripada rupa geometri dan rupa organik yang
disusun sebaris di atas kertas lukisan. Ketiga-tiga gubahan menunjukkan
terdapat lima kuntum rupa bunga geometri dan rupa organik mengikut ranting pada
tangkai. Gubahan pertama terletak di sebelah kiri ialah daripada rupa organik warna
biru. Gubahan kedua terletak di tengah dengan lapan rupa segi tiga disusun
mengikut formasi empat segi warna merah. Gubahan ketiga ialah enam rupa segi
tiga sama sisi disusun dalam formasi bulatan warna ungu.
Walau bagaimanapun
capan bertajuk flora ini telah menunjukkan kelemahan dalam pemilihan rupa geometri
atau rupa organik untuk lebih nilai estetika pada setangkai bunga. Jika
setangkai bunga rupa yang lebih realistik ialah rupa organik. Rupa pada tangkai
bunga terlalu menonjol daripada gubahan rupa kuntum bunga sehingga tangkai
bunga seakan menjadi rupa penegasan. Pelajar lemah dalam aspek ruang untuk
keselesaan mata memandang seperti yang ditunjukkan pada rupa penghias tepi
lukisan dan saiz pada rupa yang sekata. Secara keseluruhan capan ini
menunjukkan pelajar berada pada tahap sederhana dalam menghasilkan unsur rupa
dalam pengkaryaan.
Hasil karya pelajar bertajuk Rupa Positif dan Rupa Negatif merupakan lukisan alam semula jadi dan
alam benda dengan objek lambang hati, rupa buah epal dan lambang permata
menggunakan media cat poster di atas kertas lukisan bersaiz 28cmX37cm. Karya
ini adalah hasil pelajar tingkatan satu. Lukisan menggambarkan susunan tiga baris rupa positif dan rupa
negatif lambang hati, rupa buah epal dan lambang permata.
Karya lukisan bertajuk Rupa Positif dan Rupa
Negatif ini telah menunjukkan pelajar memahami rupa positif yang mempunyai latar
belakangnya berwarna cerah atau putih dan rupa negatif mempunyai latar
belakangnya berwarna gelap atau hitam. Pelajar juga mengetahui rupa organik seperti rupa buah epal dan rupa
geometri seperti rupa permata. Berdasarkan pengetahuan dan kefahaman tentang
rupa, pelajar telah menggambarkan dalam baris pertama lambang hati dengan satu
rupa negatif antara dua rupa positif, baris kedua buah epal dengan satu rupa
negatif antara 2 rupa positif dan baris
ketiga lambang permata dengan satu rupa positif di antara dua rupa negatif.
Susunan rupa positif dan rupa negatif menggambarkan kesan garisan menyilang di
atas kertas lukisan pada rupa positif di antara rupa negatif.
Bagaimana pun
pelajar mempunyai kelemahan yang ketara pada pewujudan kesamaan rupa positif
dan rupa negatif. Dalam tiga baris rupa positif
dan negatif mempunyai rupa yang berbeza-beza dari segi saiz seperti buah
epal dan garisan seperti garisan tengah pada lambang permata. Ini menunjukkan rupa-rupa
geometri dan rupa organik yang terdapat dalam lukisan adalah berasal daripada
objek-objek yang berbeza. Pelajar perlu menggunakan bahan dan alat yang
bersesuaian disusuli dengan teknik yang betul untuk membuat rupa positif dan
rupa negatif pada konsep yang betul. Secara keseluruhan dalam lukisan ini
menunjukkan pelajar berada pada tahap sederhana dalam mengaplikasikan unsur
rupa dalam pengkaryaan.
Johanes Bulot@Bulat
Pensyarah Akademik
Jabatan Seni Visual & Muzik
IPG Kampus Keningau