Wednesday 4 March 2015

Teknik Menyoal dalam P&P PSV

Kemahiran menyoal menjadi salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik darjah untuk menggalakkan interaksi antara guru seni dan murid serta murid dan murid. Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat. Tambahan pula penyoalan dapat membantu menghubungkan di antara guru seni dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan melalui interaksi.

TEKNIK MENYOAL

Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan guru seni menilai maklum balas secara berterusan. Oleh itu, adalah perlu guru merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-soalan secara spontan. Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan. Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan. Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan penyertaan murid secara aktif, guru perlu menggunakan soalan sekerap mungkin. Penyoalan boleh digunakan pada peringkat permulaan, perkembangan dan peringkat penutup pelajaran.

Peringkat Permulaan Pembelajaran

Pada peringkat ini, soalan digunakan untuk mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan dipersembahkan.

Peringkat Perkembangan Pembelajaran

Pada peringkat ini, soalan digunakan untuk menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan memastikan penyertaan murid yang aktif mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka.

Peringkat Penutup

Soalan pada peringkat penutup digunakan untuk membuat rumusan pelajaran menguji kefahaman murid secara menyeluruh. Pada umumnya turutan menyoal di dalam kelas boleh dijalankan sepertiyang berikut:

a. guru mengemukakan soalan kepada murid

b. guru memberi masa untuk murid menjawab

c. guru boleh tujukan soalan tersebut kepada semua murid di kelas

d. guru boleh memanggil murid tertentu menjawab

e. guru memberi perhatian kepada jawapan yang dikemukakan dan seterusnya ajukan jawapan murid tersebut kepada murid lain.

Pastikan ramai murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran. Di samping itu soalan elok dikemukakan mengikut turutan yang logik dan jawapan murid diulangi untuk menunjukkan pentingnya jawapan yang lebih mendalam dan dapat menjelaskan `mengapa’ dan `bagaimana’. Beri pertimbangan kepada soalan-soalan `fakta’ dan soalan-soalan yang memerlukan `pemikiran’. Pada umumnya soalan dibahagikan kepada soalan menumpu dan soalan mencapah. Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu.

i. Soalan Menumpu

Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan secara bersiri. Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah yang hendak diketengahkan.

Contoh:

1. Nyatakan 2 peringkat perkembangan proses artistik dalam catan?

2. Namakan 3 tokoh penting dalam seni kraf tradisional?

3. Perihalkan 2 peringkat perkembangan proses mengukir dalam seni kraf ukiran?

4. Terangkan bagaimana seorang pengkarya menghasilkan catan dengan penuh nilai estetika?

ii. Soalan Mencapah

Soalan jenis ini, memerlukan daya pemikiran yang kritis, analitis dan rasional murid sebelum memberikan jawapan. Ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas.

Contoh:

1. Mengapakah pada awal perkembangan proses anyaman, pengkarya hendaklah menentukan corak yang menghiasi tikar?

2. Ceritakan apa akan berlaku jika melukis menggunakan arang?

3. Pada pendapat anda, berikan alasan kesan daripada penggunaan perspektif dalam karya?

Guru-guru seni juga hendaklah mengemukakan soalan-soalan untuk menyediakan landasan pelaksanaan untuk kemahiran penyoalan mendorong dan merangsang pemikiran pelajar. Aktiviti menyoal menyediakan landasan untuk melaksanakan kemahiran pengajaran yang lain. Penyoal yang baik melibatkan mengingati tujuan pengajaran, mengukur tindak balas pelajar, mengawal komunikasi, mentadbir tingkah laku pelajar dan memikirkan soalan yang akan ditanya selanjutnya aktiviti soal jawab memberi peluang kepada pelajar mengimbas kembali topik, dan konsep serta kemahiran yang perlu dipelajari. penyoalan membenarkan guru mengenal pasti kesukaran yang dialami pelajar.


Oleh:
Johanes Bulot@Bulat
Pensyarah Akademik
Jabatan Seni Visual & Muzik
IPG Kampus Keningau